Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu kesembilan
mengandung. Pembentukan bayi makin sempurna. Ketahui kondisi janin
sepanjang mengandungkan bayi di dalam rahim kita? Ikuti perkembangan bayi
dalam kandungan dari minggu ke minggu.
Minggu Kesembilan Hamil
Hamil 9 minggu,
ibu mengandung akan mulai merasai perubahan fizikal dirinya sendiri. Payudara
semakin membesar. Sakit pada bahagian payudara. Juga mengalami senak perut,
khasnya bahagian ari-ari. Ibu hamil dinasihatkan untuk makan 4 pil yang penting
sepanjang kehamilan antaranya pil asid
folik, vitamin B, vitamin C dan pil iron tablet.
Info
Kehamilan: Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Hamil 9 Minggu
Pada usia fetus (bayi) 9 minggu,
ukuran fetus adalah sekitar 2.3 sm. Kelopak mata bayi masih bercantum dan tidak
akan buka sehingga 27 minggu kehamilan. Pergelangan kaki sudah nyata dan jari
kaki kelihatan jelas. Lengan semakin memanjang dan boleh dibengkokkan di siku. Pembentukan
dalaman telinga bayi sudahpun sempurna.
Gambar bayi yang dikesan menerusi imbasan ultrabunyi (ultrasound USG)
Pada ketika ini, bayi boleh discan
menerusi imbasan ultrabunyi / ultrasound (USG). Alat kelamin bayi sudah mula
terbentuk. Kredit: Perkembangan
Fetus Hamil: 9 Minggu
Keadaan Ibu Hamil Ketika Umur Kandungan 9 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
9 minggu, ibu hamil akan mengalami emosi yang tidak stabil. Mudah tersentuh.
Mudah terasa. Ada kalanya rasa gembira, kemudian jadi serba tak kena. Ini disebabkan
emosi yang dipengaruhi oleh hormon-hormon dalam badan. Payudara ibu hamil mulai
membesar.
Alat uji kehamilan: Urine pregnancy test (UPT)
Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung
Keadaan ibu hamil yang kerap muntah akibat
morning sickness akan menyebabkan mereka rasa lemah dan tidak bertenaga. Ibu
hamil dinasihati untuk makan lebih banyak buah-buahan untuk mendapat tenaga.
Banyakkan berehat. Tidur awal di waktu malam agar mendapat kesihatan yang baik
sepanjang kehamilan.
Jika berasa hendak kencing, jangan
ditahan-tahan. Kencing dengan segera. Walaupun anda alami kekerapan kencing
yang tinggi. Ianya adalah situasi yang normal bagi ibu hamil. Minum lebih
banyak air putih, air jus buah-buahan dengan kadar manis yang rendah.
Minum banyak air putih sekitar 8 gelas atau lebih dalam sehari. Minum susu juga. Susu penting untuk gigi dan
tulang bayi yang sedang berkembang dalam rahim ibu hamil.
Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan (Mengandung 2 Bulan)
Tahniah jika anda telah hamil. Jaga
diri sepanjang kehamilan anda k. Merasai pengalaman mengandung adalah anugerah
istimewa buat wanita bakal bergelar ibu.
No comments:
Post a Comment