Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu kesebelas
mengandung. Bayi sudah aktif menendang dalam pergerakan yang amat perlahan.
Ketahui kondisi janin sepanjang mengandungkan bayi di dalam rahim kita?
Ikuti perkembangan bayi dalam kandungan dari minggu ke minggu.
Vitamin yang ibu hamil kena makan sepanjang tempoh kehamilan
Minggu Kesebelas Hamil
Hamil 11 minggu,
bayi semakin aktif di dalam rahim. Pembentukan bayi juga semakin sempurna. Ibu
mengandung dinasihati untuk makan 4 pil yang penting sepanjang kehamilan
antaranya pil asid folik, vitamin B,
vitamin C dan pil iron tablet.
Info
Kehamilan: Perkembangan
Bayi Dalam Kandungan Hamil 11 Minggu
Pada usia fetus
(bayi) 11 minggu, bayi berukuran 4sm. Terbentuk kudup gigi dan kuku jari
kaki bayi. Minggu 11 kehamilan, bayi bergiat aktif di dalam rahim. Ia sudah
mulai menendang dan membuat regangan. Pergerakannya amat perlahan. Jari-jari
tangan dan kaki bayi sudah terpisah sepenuhnya. Kredit: Perkembangan
Fetus: Hamil 11 Minggu
Keadaan Ibu Hamil Ketika Umur Kandungan 11 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
11 minggu, satu garisan pigmen gelap yang menegak yang dipanggil linea
nigra mungkin akan muncul di abdomen ibu hamil. Uterus ibu hamil mula naik dan
melepasi tulang pelvis. Doktor sudah boleh merasa kehadiran bayi semasa
melakukan pemeriksaan luaran ke atas ibu hamil. Risiko keguguran pada peringkat
kehamilan minggu ke 11 semakin rendah. Malah ibu hamil yang mengalami alahan
mengandung (morning sickness) yang teruk sebelum ni, makin berkurangan. Selera
makan ibu hamil bertambah baik.
Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung
Ibu hamil dinasihati untuk makan lebih
banyak buah-buahan untuk mendapat tenaga. Banyakkan berehat. Tidur awal di
waktu malam agar mendapat kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.
Minum banyak air putih sekitar 8 gelas
atau lebih dalam sehari. Amalkan minum
susu ketika hamil. Susu penting untuk gigi dan tulang bayi yang sedang
berkembang di dalam rahim ibu hamil.
Elakkan makan makanan yang mengandungi
manis berlebihan, elak makanan berminyak, elak makanan yang mengandungi
kemasinan yang tinggi, lebihkan pengambilan sayur-sayuran hijau dan
buah-buahan.
Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan (Mengandung 2 Bulan)
Tahniah jika anda telah hamil. Jaga
diri sepanjang kehamilan anda k. Merasai pengalaman mengandung adalah anugerah
istimewa buat wanita bakal bergelar ibu.
sekejp je kan masa berlalu..dah masuk minggu ke 11..
ReplyDeleteaah kak bila menghitung hari tak sangka kehamilan dah lebih dari minggu ke 11
Deletealhamdulillah..rezeki zuriat dariNya
moga kandungan kita sihat walafiat
sy baru 10minggu.. pahit kat mulut x hilang lagi.. pening.. mual.. 😠afa x mommy yg mcm sy..
ReplyDeleteSaya pun bru masuk minggu ke 11. Alhamdulillah kadang2 macam tak pecaya diri ni mengandung..sbb sy dah berusia jgk 😅tambahan dulu penah misscarried once so traumatize jgk. Doakan kandungan sy dan diri sy shat dan selamat semuanya ya.. utk semua mommies to be yg ada dsini jg..insha Allah AAMINNN..
ReplyDelete