Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu kedua
puluh lima mengandung. Kandungan ibu hamil telah pun menjangkau usia 6
bulan. Ketahui kondisi janin sepanjang mengandungkan bayi di dalam
rahim anda. Ikuti perkembangan bayi dalam kandungan dari minggu ke
minggu.
Minggu Kedua Puluh Lima Hamil (Mengandung 6 Bulan)
Hamil 25 minggu,
ibu hamil kini memasuki usia
kandungan 6 bulan. Ibu mengandung
dinasihati untuk makan 4 vitamin pil hematinik yang penting sepanjang kehamilan
antaranya pil asid folik, vitamin B
kompleks, vitamin C dan pil zat besi (ferrous fumarate).
Info
Kehamilan: Perkembangan JANIN Bayi Dalam Kandungan Hamil 25 Minggu
Pada usia fetus (bayi) 25 minggu,
pendengaran bayi dan deria bayi bertambah baik. Saiz bayi di minggu 25
kehamilan adalah 35sm dan mempunyai berat 660 gram. Bayi mula membuat
pergerakan bernafas dan menelan air ketuban. Pada penghujung minggu ke 25,
imbasan otak fetus menunjukkan bayi memberi respon terhadap sentuhan. Jika wanita hamil menyuluh lampu ke arah
abdomen, bayi akan memalingkan kepalanya, dan menurut pakar penyelidik, ini
bermakna saraf optiknya sudah berfungsi. Kredit: Perkembangan
Fetus: Hamil 25 Minggu
Keadaan Ibu Hamil Ketika Umur Kandungan 25 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
25 minggu, jari tangan ibu
mengandung, pergelangan tangan dan lengan mungkin terasa sakit-sakit dan
kebas akibat faktor kehamilan. Kadang-kadang, ibu mengandung juga akan mengalami kontraksi walaupun tidak sakit,
perut akan rasa seperti kaku. Setiap kali ibu
hamil membuat pemeriksaan di klinik, doktor akan memeriksa tekanan darah dan
melakukan ujian air kencing. Ini bertujuan memantau kesihatan wanita mengandung berkaitan masalah
kehamilan seperti pra-eklampsia dan kencing manis.
Anda telah melepasi trimester pertama mengandung. Tahniah!
Kini anda memasuki trimester kedua hamil.
Kandungan bayi masuk minggu ke 25. Memasuki trimester 2 hamil, ibu hamil dinasihati memakai baju yang lebih
longgar yang tidak menghalang pergerakan.
Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung
Jangan mengangkat benda terlampau
berat. Banyakkan berehat. Tidur awal di waktu malam agar mendapat kesihatan
yang baik sepanjang kehamilan.
Minum banyak air putih sekitar 8 gelas
atau lebih dalam sehari. Amalkan minum susu ketika hamil. Susu penting untuk
gigi dan tulang bayi yang sedang berkembang di dalam rahim ibu hamil.
Jaga pemakanan sepanjang tempoh hamil.
Jangan makan benda manis berlebihan, kawal diet pemakanan. Perbanyakkan makan
sayuran dan buah-buahan.
Gambar menunjukkan perbezaan saiz bayi di usia kehamilan 1 bulan, 6 bulan sehingga masuk 9 bulan mengandung. Saiz
bayi makin membesar di dalam rahim ketika usia
kandungan masuk minggu ke 25.
Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan (Mengandung 6 Bulan)
Bersedia untuk memasuki fasa terakhir
kehamilan di trimester ketiga.
No comments:
Post a Comment