Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu ketiga
belas mengandung. Bayi semakin aktif di dalam rahim. Ketahui kondisi
janin sepanjang mengandungkan bayi di dalam rahim kita. Ikuti perkembangan janin bayi dalam kandungan dari minggu ke minggu.
Minggu Ketiga Belas Hamil (Mengandung 3 Bulan)
Hamil 13 minggu,
bayi bergiat aktif di dalam perut si ibu.
Ibu mengandung dinasihati untuk makan
4 vitamin pil hematinik yang penting sepanjang kehamilan antaranya pil asid folik, vitamin B kompleks, vitamin
C dan pil zat besi (ferrous fumarate).
Info
Kehamilan: Perkembangan
Bayi Dalam Kandungan Hamil 13 Minggu
Pada usia fetus (bayi) 13 minggu,
bayi sudah boleh merasa sentuhan ibunya. Saiz bayi di minggu 13 kehamilan
adalah berukuran hampir 7sm hingga 8sm. Berat bayi hampir 23g - kira-kira
sebesar kelongsong kacang pis. Cap jari bayi mulai terbentuk. Dan jika si ibu
mencucuk perut dengan perlahan, bayi dapat merasakannya. Bayi di dalam rahim
menunjukkan refleks mengakar iaitu bertindak seperti mencari-cari puting. Bayi
sudah dapat menghisap jari, menguap, mengeliat di dalam kandungan. Kredit: Perkembangan
Fetus Hamil: 13 Minggu
Keadaan Ibu Hamil Ketika Umur Kandungan 13 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
13 minggu, aktiviti kerap membuang air kecil berkurangan, malah rasa
keletihan dan mual mulai beransur reda pada trimester kedua mengandung. Perut ibu hamil belum lagi kelihatan
ketara besarnya. Payudara ibu hamil di minggu 13 mengandung sudah mula
mengeluarkan kolostrum, iaitu cecair yang akan membekalkan makanan kepada bayi
di dalam rahim si ibu untuk beberapa hari pertama sebelum susu mengalir dengan
baik. Muncul garis gelap memanjang dari pusat menuju ke bahagian kelamin ibu
hamil. Malah leher juga kelihatan berwarna gelap kehitaman.
Anda telah melepasi trimester pertama mengandung. Tahniah!
Kini anda memasuki trimester kedua hamil.
Kandungan bayi masuk minggu ke 13. Memasuki trimester 2 hamil, ibu hamil dinasihati memakai baju yang lebih
longgar yang tidak menghalang pergerakan.
Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung
Ibu hamil dinasihati untuk makan lebih
banyak buah-buahan untuk mendapat tenaga. Banyakkan berehat. Tidur awal di
waktu malam agar mendapat kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.
Minum banyak air putih sekitar 8 gelas
atau lebih dalam sehari. Amalkan minum susu ketika hamil. Susu penting untuk
gigi dan tulang bayi yang sedang berkembang di dalam rahim ibu hamil.
Elakkan makan makanan yang mengandungi
manis berlebihan, elak makanan berminyak, elak makanan yang mengandungi
kemasinan yang tinggi, lebihkan pengambilan sayur-sayuran hijau dan
buah-buahan.
Gambar menunjukkan perbezaan saiz bayi di usia kehamilan 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan dan 4 bulan mengandung. Saiz
bayi makin membesar di dalam rahim ketika usia
kandungan masuk minggu ke 13.
Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan (Mengandung 3 Bulan)
Tahniah! Kini kandungan anda berusia 3
bulan. Jaga diri baik-baik sepanjang tempoh kehamilan anda k.
No comments:
Post a Comment