Buku Pink Ibu Mengandung Catat Rekod Kehamilan

Buku Pink Ibu Mengandung Catat Rekod Kehamilan


Istimewanya buku pink ni sebab tak boleh beli kat kedai buku, confirm tak ada jual nyer. Buku pink ni keluaran khas kementerian kesihatan khas buat ibu mengandung. Jika anda dah merasai tanda-tanda awal mengandung, cepat-cepatlah buat ujian kehamilan. Boleh beli alat ujian kehamilan yang dikenali urine pregnancy test (UPT) kat farmasi, pasaraya mahupun kat Watson, Guardian.

Jika keputusan positif, tahniah! Anda kini telah hamil. Langkah seterusnya adalah mendaftar kehamilan anda kat klinik yang berdekatan rumah anda. Macam aku daftar kat Klinik Kesihatan Kerajaan. Tak ramai orang. Syukur, tak perlu menunggu giliran lama.

 Buku pink ibu mengandung catat rekod kehamilan, gambar buku rekod kesihatan ibu mengandung, gambar buku pink ibu hamil, buku merah wanita mengandung, kod warna antenatal hijau, not for post date, maklumat cara penjagaan kehamilan, senaman hamil, teknik pernafasan ketika bersalin, cara atasi masalah gangguan ketika hamil, cara atasi masalah anemia semasa mengandung, cara makan vitamin ibu mengandung (pil hematinik), penjagaan diri selepas bersalin, penyusuan susu ibu
Gambar rekod kesihatan ibu mengandung atau dikenali buku pink ibu hamil

Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung adalah percuma. Tiada bayaran. Nama glamour buku ni ialah buku pink. Sebab warnanya yang berwarna merah jambu a.k.a pink. Tapi ada jugak yang panggil buku merah. Mata orang tua kot. Hihi… Mata aku tengok warna pink. Tak kisah la, janji ianya melambangkan benda yang sama, buku untuk merekod kesihatan ibu mengandung sepanjang kehamilan. 

Buku pink ibu mengandung catat rekod kehamilan, gambar buku rekod kesihatan ibu mengandung, gambar buku pink ibu hamil, buku merah wanita mengandung, kod warna antenatal hijau, not for post date, maklumat cara penjagaan kehamilan, senaman hamil, teknik pernafasan ketika bersalin, cara atasi masalah gangguan ketika hamil, cara atasi masalah anemia semasa mengandung, cara makan vitamin ibu mengandung (pil hematinik), penjagaan diri selepas bersalin, penyusuan susu ibu
Buku pink ni wajib dibawa ketika membuat pemeriksaan bulanan di klinik kerajaan mahupun ketika scan bayi di hospital. Segala butiran perkembangan bayi dan ibu mengandung akan direkod dalam buku pink ni.

Maklumat Penting Dalam Buku Pink Ibu Mengandung

Masa dapat buku pink ni, usia kandungan aku 12 minggu. Dapat pelekat warna hijau untuk kod warna antenatal. Ada 4 kod warna pelekat antenatal ni antaranya putih, hijau, kuning dan merah. Tertera kat buku pink aku NOT FOR POST DATE. Maksudnya, tarikh kelahiran bayi aku tak boleh melebihi tempoh ditetapkan. Errr, harap-harap la nanti aku beranak cun-cun masanya. Kang kena paksa bersalin yang orang selalu panggil ‘induce’ tu. Dengar cerita sakit teramat. Gerun pulak rasanya. Moga baby lahir dengan sihat, selamat dan dipermudahkan.

Dalam buku pink ni jugak ada rekod pasal keputusan ujian air gula: ujian MGTT (Modified Glucose Tolerance Test), ujian darah, jadual 7 point BSP (Blood Sugar Profile) dan salinan sijil nikah.

Yang 7 point BSP tu, ehem-ehem..yang tu la yang kena cucuk kat jari 7 kali dalam sehari. Tujuannya untuk memantau gula dalam badan. Sebab sebelum ni aku gagal dalam ujian MGTT. Kisahnya ada tercatat kat sini: Minum Air Gula Ketika Hamil & Keputusan Ujian MGTT. So, 7 point BSP ni aku buat 2 minggu sekali. Keputusannya nanti kena tunjuk kat doktor selang 2 minggu. Nak tahu prosedur minum air gula? Rujuk enrty ni: Prosedur Minum Air Gula Semasa Mengandung (Ujian MGTT)

Kelebihan & Manfaat Buku Pink Ibu Mengandung

Dalam buku pink ni jugak, banyak informasi berguna dijadikan bahan bacaan buat ibu mengandung. Antaranya cara penjagaan kehamilan, senaman hamil, teknik pernafasan ketika bersalin, cara atasi masalah gangguan ketika hamil, cara atasi masalah anemia semasa mengandung, cara makan vitamin ibu mengandung (pil hematinik), penjagaan diri selepas bersalin, penyusuan susu ibu. Memang banyak la maklumat dikongsikan. Buka dan baca je.

Untuk hamil anak sulung macam aku, kerajinan nak baca buku pink dan cari info mengandung begitu berkobar-kobar. Excited katakan. Lagipun tak ada pengalaman mengandung sebelum ni, kena la usaha lebih sikit untuk dapatkan ilmu. Eh eh..mesti korang dah khatam gak buku pink ni. Bagus! Bagus! Hihi..

16 comments:

  1. oooo anak pertama ye...tahniah2...pergh yumida kena cucuk sndiri eh kat jari tu? klo sy mmg x buat lah..jenis x berani hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hb yg cucuk ambik darah
      mula2 dulu sakit, dah terbiasa jd kebal sikit kot..hihi

      Delete
  2. Tahniah... Moga selamat hingga melahirkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak
      inshaAllah moga diri ni dan baby selamat, sihat n dipermudahkan melahirkan baby nanti

      Delete
  3. buku pink,buku merah jambu, tahniah,ssemoga selamat hingga melahirkan anak juga :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah buku pink yg begitu pemes
      makasih atas doa awak

      Delete
  4. As salam,

    azney singgah jenjalan sini :)
    insha Allah lagi 2 minggu hehehe


    xoxo,
    azneyshamsuddin

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat datang ke blog perkongsian info hamil dan mengandung
      jemput singgah lagi

      Delete
  5. Replies
    1. cop klinik tu
      klinik tempat daftar hamil

      Delete
  6. Semoga selamat semuanya. Doakan sy jugak. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamin
      moga baby dan diri kita diberi kesihatan yang baik sepanjang hamil ni

      Delete
  7. Mcm sy aritu cek up di klinik swasta.. mmg dieorg xkn bg buku pink ehh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu saya x pasti sebab tak pernah check up kat klinik swasta. kalau klinik kerajaan memang akan bagi buku pink

      Delete
  8. terimakasih bunda infonya yang bermanfaat buat saya, saya juga sempat minum
    penyubur kandungan , dan Obat Darah Tinggi semasa hamil

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah anda hamil
      kalau kat malaysia ibu mengandung ada buku pink untuk rekod kehamilan

      Delete