Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu kedua
puluh lapan mengandung. Kandungan ibu hamil telah pun menjangkau usia 7
bulan. Ketahui kondisi janin sepanjang mengandungkan bayi di dalam
rahim anda. Ikuti perkembangan bayi dalam kandungan dari minggu ke
minggu.
Minggu Dua Puluh Lapan Hamil (Mengandung 7 Bulan)
Hamil 28 minggu,
ibu hamil kini memasuki usia
kandungan 7 bulan. Ibu mengandung
dinasihati untuk makan 4 vitamin pil hematinik yang penting sepanjang kehamilan
antaranya pil asid folik, vitamin B
kompleks, vitamin C dan pil zat besi (ferrous fumarate).
Info
Kehamilan: Perkembangan JANIN Bayi Dalam Kandungan Hamil 28 Minggu
Pada usia fetus (bayi) 28 minggu,
bayi sudah pandai tidur di dalam rahim. Saiz bayi di minggu 28 kehamilan
adalah 38sm panjang dari atas ke jari kaki dengan berat bayi melebihi 1 kg. Bayi
sudah boleh membuka matanya dan memalingkan kepalanya jika dia ternampak cahaya
terang yang memancar berterusan dari luar. Lapisan lemaknya sedang terbentuk
dan kuku jari mula timbul. Kredit: Perkembangan
Fetus: Hamil 28 Minggu
Keadaan Ibu Hamil Ketika Umur Kandungan 28 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
28 minggu, Perasaan ibu mengandung
mungkin bercampur-baur apabila memikirkan tentang sakit bersalin dan melahirkan
anak. Wanita mengandung sudah boleh membuat senarai perkara apa yang perlu
dibuat untuk kelahiran bayi nanti. Saat ini, ibu hamil sudah sibuk memilih nama bayi, nama anak yang akan lahir
kelak. Wanita hamil juga akan
mengalami bengkak pada kaki akibat faktor kehamilan.
Anda telah melepasi trimester dua mengandung. Tahniah! Kini
anda memasuki hamil trimester tiga.
Kandungan bayi masuk minggu ke 28. Memasuki trimester 3 hamil, ibu hamil dinasihati makan makan berkhasiat dan
menggunakan pakaian longgar dan selesa.
Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung
Jangan mengangkat benda terlampau
berat. Banyakkan berehat. Tidur awal di waktu malam agar mendapat kesihatan
yang baik sepanjang kehamilan.
Minum banyak air putih sekitar 8 gelas
atau lebih dalam sehari. Amalkan minum susu ketika hamil. Susu penting untuk
gigi dan tulang bayi yang sedang berkembang di dalam rahim ibu hamil.
Jaga pemakanan sepanjang tempoh hamil.
Jangan makan benda manis berlebihan, kawal diet pemakanan. Perbanyakkan makan
sayuran dan buah-buahan.
Gambar menunjukkan perbezaan saiz bayi di usia kehamilan 1 bulan, 7 bulan sehingga masuk 9 bulan mengandung. Saiz
bayi makin membesar di dalam rahim ketika usia
kandungan masuk minggu ke 28.
Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan (Mengandung 7 Bulan)
Perut akan mula memboyot dengan comel.
Itulah yang orang selalu panggil ‘mak buyung’. Dah 7 bulan dah, seronoknya!
hi..nak tnya,berat baby skitar 28week dlm kndungan mmg sekilo lebih ke?
ReplyDelete