Ads GA Leaderhead

Ibu Mengandung Mudah Emosi, Sensitif & Menangis

Kandungan aku hampir menuju ke usia 7 bulan. Alhamdulillah, moga diberi kesihatan yang baik buat diriku dan juga anak dalam perut ni. Berbicara pasal orang mengandung, emosi wanita bergelar ibu hamil memang tak dapat dijangka. Adakalanya rasa gembira, kemudian sekelip mata bertukar rasa sedih, kuat marah, kuat merajuk, cepat terasa, sensitif sangat-sangat! Malah air mata laju je nak turun kat pipi. Ibu mengandung memang macam ni erk? Mudah menangis.

Ibu Mengandung Mudah Emosi, Sensitif & Menangis

Bila tengok berita kat TV3, pasal kisah dera anak ke, pasal kisah hidup miskin, kisah kesusahan orang lain, cepat benar aku emosi. Turut sama merasai kesedihan. Pernah sekali, masa kandungan aku mencapai 3 bulan. Dengar orang bercakap pasal pesawat MH17. Tiba-tiba je air mata aku menitis. Padahal sampuk orang bercakap pun tak. Teringat kat keluarga mangsa nahas, betapa kasihannya mereka menunggu orang yang mereka sayang, yang tak akan kembali lagi. See, ibu hamil mudah tersentuh, sensitif dengan persekitaran.

Ibu mengandung mudah emosi, sensitif dan menangis, punca wanita mengandung mudah terasa dan menangis, perubahan hormon ibu hamil, orang mengandung mudah sedih, manja, dan suka menangis, perubahan mood emosi wanita hamil, perempuan hamil kuat merajuk, tersinggung, tertekan, stres, dan marah, gambar ibu mengandung mudah sensitif dan menangis

Al Kisah Ibu Mengandung Merajuk & Menangis

Baru-baru ni, aku dan hb pergi ke sebuah keraian. Ada pesta besar-besaran. Masa datang kat situ dah tengah hari. Bila tengok gerai makanan, automatik perut aku rasa lapar. Aku ajak hb pergi makan kat situ.    Bila tengok makanan, nampak lauk kurang sedap. Hb cakap tak nak makan kat situ. Aku dah start merajuk. Al maklum la orang mengandung memang mudah nak emosi.

Hb pergi survey gerai lain, malangnya gerai lain dah penuh orang. Tak ada tempat duduk. Lepas tu kembali lagi kat tempat gerai yang dia tak berkenan tadi, tengok-tengok meja dah penuh. Aaaaa! Sedihnya aku! Sepantas kilat air mata aku bertakung. Sedih sangat-sangat. Rasa nak menangis, tapi di tahan-tahan.


Punca Wanita Mengandung Kuat Sensitif & Menangis

Sepanjang kehamilanku ni, tahap sensitif dalam diri aku memang boleh tahan. Semuanya mudah terasa. Mudah sensitif. Mudah terbuai emosi. Orang kata punca perubahan emosi ni pasal disebabkan hormon kehamilan. Ia jugak dilabelkan sesuatu perkara yang biasa bagi ibu mengandung.

Hadoi! Stress pulak aku bila mudah nak terasa ni. Aku yang dulunya berjiwa kental, tetibe jadi berhati tisu. Mudah menangis. Congek rupanya ibu mengandung. Haha! Tahu congek? Cengeng laaa…

6 comments:

  1. ank 1st ke yumida?? hehe...biasa lah tu emosi x stabil..sy ni kalo bab anak2 kecik memang cpt je mengalir airmata....sensitif sgt2.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah anak first. Tu yg teruja lelebih. Sensitif pun lelebih gak. Hihi

      Delete
  2. Haha. Saa dgn cx la kak umi!! Huhu mmg sensitif sungguh. Kdg2 hubby pujuk pon lagi berderai air mata. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... orang mengandung kuat sungguh sensitif dia. Asyik nak sentap je. drama air mata

      Delete
  3. Mmg cmtu kan... Tak pinta begitu... Kdg stress dgn diri sendiri... Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wanita mengandung memang mudah rasa stres. disebabkan peningkatan hormon dalam badan. setahun sekali merasa. hihi.. kalau sekali, kalau banyak kali...haha layan je la mood ibu mengandung ni

      Delete