Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu kedua
puluh empat mengandung. Kandungan ibu hamil telah pun menjangkau usia 5
bulan. Ketahui kondisi janin sepanjang mengandungkan bayi di dalam
rahim anda. Ikuti perkembangan bayi dalam kandungan dari minggu ke minggu.
Minggu Kedua Puluh Empat Hamil (Mengandung 5 Bulan)
Hamil 24 minggu,
ibu hamil kini memasuki usia kandungan 5 bulan. Ibu mengandung
dinasihati untuk makan 4 vitamin pil hematinik yang penting sepanjang kehamilan
antaranya pil asid folik, vitamin B kompleks,
vitamin C dan pil zat besi (ferrous fumarate).
Info
Kehamilan: Perkembangan JANIN Bayi Dalam Kandungan Hamil 24 Minggu
Pada usia fetus (bayi) 24 minggu,
bayi boleh mendengar dengan baik. Saiz bayi di minggu 24 kehamilan
adalah 30sm dan mempunyai berat lebih daripada 600 gram. Bayi sudah mempunyai
bentuk badan yang sempurna. Otaknya bayi berkembang dengan pantas, dan dia
semakin memenuhi ruang dalam rahim ibu hamil. Sekiranya kelihatan tanda-tanda
bahawa proses kelahiran hendak bermula, pakar obstetrik dan doktor akan
melakukan segala-galanya untuk menghalang kelahiran pramatang supaya bayi ibu
hamil boleh terus matang dalam kandungan. Kredit: Perkembangan
Fetus: Hamil 24 Minggu
Keadaan Ibu Hamil Ketika Umur Kandungan 24 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
24 minggu, mata ibu hamil akan menjadi sensitif kepada cahaya dan akan
terasa kering dan seakan-akan berpasir. Ini merupakan simptom kehamilan yang
biasa bergelar 'mata kering'. Untuk meredakan ketidakselesaan, gunakanlah
cecair 'airmata tiruan' untuk menambahkan kelembapan. Kesan regangan berjalur
merah atau coklat gelap akan muncul di abdomen, punggung dan payudara ibu hamil.
Selepas melahirkan anak nanti, kesan regangan tersebut akan hilang dengan
sendirinya. Ibu hamil juga akan mengalami kesukaran tidur, akibat bayi yang
aktif bergerak di malam hari.
Anda telah melepasi trimester pertama mengandung. Tahniah!
Kini anda memasuki trimester kedua hamil.
Kandungan bayi masuk minggu ke 24. Memasuki trimester 2 hamil, ibu hamil dinasihati memakai baju yang lebih
longgar yang tidak menghalang pergerakan.
Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung
Jangan mengangkat benda terlampau
berat. Banyakkan berehat. Tidur awal di waktu malam agar mendapat kesihatan
yang baik sepanjang kehamilan.
Minum banyak air putih sekitar 8 gelas
atau lebih dalam sehari. Amalkan minum susu ketika hamil. Susu penting untuk
gigi dan tulang bayi yang sedang berkembang di dalam rahim ibu hamil.
Jaga pemakanan sepanjang tempoh hamil.
Jangan makan benda manis berlebihan, kawal diet pemakanan. Perbanyakan makan
sayuran dan buah-buahan.
Gambar menunjukkan perbezaan saiz bayi di usia kehamilan 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan, 4 bulan dan 5 bulan mengandung.
Saiz bayi makin membesar di dalam rahim ketika usia kandungan masuk minggu
ke 24.
Perkembangan Bayi Dalam Kandungan (Mengandung 5 Bulan)
Alhamdulillah,
seronoknya merasai pengalaman mengandung. Tak lama lagi anda bakal mendapat
gelaran ‘MAMA, IBU, EMAK, MAMI’. Excited!!!
No comments:
Post a Comment