Setiap wanita bergelar isteri, pasti teruja
mendangar berita kehamilan. Ini menandakan seseorang itu bakal menjadi
ibu. Lumrah, seorang ibu hamil ingin mengetahui kondisi janin dalam
perutnya. Perkembangan janin bayi dalam kandungannya yang membesar dari hari
ke hari.
Minggu Pertama Hamil
Anda disahkan hamil? Tahniah! Ramai
golongan ibu hamil tidak sedar akan wujudnya janin kecil di dalam rahim mereka.
Ini kerana di usia bayi 1 minggu
belum ada tanda-tanda fizikal yang dikesan oleh bakal ibu. Ketika ini, ibu
hamil belum menyedari jika dirinya hamil walaupun telah datang bulan. Termasuk
aku sendiri, tak tahu pun apa petanda yang boleh aku kesan di usia kandungan minggu pertama. Macam
ajaib je bila aku tahu, aku mengandung ketika kandungan mencecah 2 bulan.
Alhamdulillah..
Gambar persenyawaan yang berlaku pada usia kandungan 1 minggu
Cara Menentukan Usia Bayi 1 Minggu
Ramai golongan ibu hamil
tertanya-tanya, bilakah tarikh usia bayi dikira? Merujuk kepada umur janin yang berusia 1 minggu. Minggu pertama melekatnya penembusan sperma ke dalam ovum, yang
kemudiannya menghasilkan zuriat.
Oleh sebab sukar untuk mengetahui
dengan tepat bilakah masa ovulasi
dan juga bila sperma mensenyawakan telur,
pakar perubatan sering menggunakan tarikh
haid terakhir sebagai titik permulaan bagi sembilan bulan berikutannya. Ini
bermakna secara 'rasmi' minggu pertama
kehamilan adalah minggu haid terakhir bermula. Sebab itu, umur sebenar bayi
ialah dua minggu terawal dari umur gestasinya. Kredit: Perkembangan
Fetus: Persenyawaan
Info Kehamilan: Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Usia 1 Minggu
Pada usia janin minggu pertama ni,
baru saja terjadi proses pembentukan antara sperma dan sel ovum wanita. Proses
ini dipanggil persenyawaan. Janin
telah memiliki bakal genetik dengan 46 kromosom. Saat ini, janin dikenali sebagai embrio.
Embrio amat memerlukan nutrisi berbentuk oksigen dari si ibu.
Proses kehamilan terjadi dengan persenyawaan sperma dan ovum di minggu 1, hingga perkembangan bayi dalam kandungan minggu ke-40 iaitu sehingga proses bersalin (melahirkan anak).
Proses kehamilan terjadi dengan persenyawaan sperma dan ovum di minggu 1, hingga perkembangan bayi dalam kandungan minggu ke-40 iaitu sehingga proses bersalin (melahirkan anak).
Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan (Proses Persenyawaan)
Tahniah atas kehamilan anda! Anda
bakal menjadi ibu!
No comments:
Post a Comment