Jika anda hamil anak sulung, pasti inilah berita
paling menggembirakan! Berita kehamilan yang ditunggu-tunggu oleh
seorang bergelar isteri. Apatah lagi betapa girangnya sang suami bila isteri
disahkan mengandung! Ini bermakna suami bakal menjadi bapa, manakala kita pula
bakal menjadi ibu! Indah sungguh anugerah Allah Taala. Alhamdulillah.. Ingin
tahu kondisi janin dalam perut sepanjang mengandungkannya? Mengikuti perkembangan janin bayi dalam kandungan? Jom baca info kehamilan di bawah.
Minggu Kedua Hamil
Dalam minggu kedua kehamilan,
golongan ibu hamil masih juga belum perasaan akan adanya janin dalam rahimnya.
Melainkan seseorang yang mempunyai tempoh haid yang tetap, mudah untuk mereka menjangka
akan kehamilan. Bagi mereka yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur,
agak sukar untuk mereka mengetahui akan kehamilan. Bila sperma berjaya melekat
dalam ovum, itu namanya rezeki anak.
Peluang mendapat cahaya mata a.k.a zuriat sendiri. Seronoknya!
Cara Menentukan Usia Bayi 2 Minggu
Selepas proses persenyawaan di minggu
1 kehamilan, seterusnya ia terjadi pembuahan di minggu kedua hamil.
Sel telur yang telah dibuahi oleh sperma, akan bergerak di dalam lubang falopio
menuju rahim.
merangsang uterus anda untuk
menyediakan lapisan tisu yang subur dan sarat darah. Dalam tempoh masa singkat
badan anda membuat persediaan ini, konsepsi boleh berlaku, asalkan sperma
berjaya bertemu telur.
Info
Kehamilan: Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Usia 2 Minggu
Pada usia janin (bayi) 2 minggu,
penghasilan hormon estrogen akan terus dihasilkan dalam badan ibu hamil. Peningkatan
tahap hormon progesteron menyediakan uterus untuk menyara telur yang
disenyawakan. Pada masa yang sama, ovari mematangkan telur-telur dalam sak-sak
penuh cecair yang bergelar folikel. Kredit: Perkembangan
Fetus: Persenyawaan
Bermulanya proses persenyawaan di minggu 1 kehamilan hingga minggu ke-9
Keadaan Ibu Hamil Ketika Umur Kandungan 2 Minggu
Kondisi ibu hamil semasa umur
kandungan 2 minggu, mereka akan mula berasa penat, mudah letih. Malah emosi ibu
hamil juga mudah berubah-ubah. Ada ketikanya ibu hamil akan rasa gembira, namun
secara tiba-tiba mood swing datang, boleh marah sekelip mata. Ini kerana
berlakunya perubahan hormon dalam badan
Proses kehamilan terjadi dengan persenyawaan sperma dan ovum di minggu 1, hingga perkembangan bayi dalam kandungan minggu ke-40 iaitu sehingga proses bersalin (melahirkan anak).
Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan (Proses Persenyawaan)
Tahniah atas kehamilan anda! Anda
bakal menjadi ibu!
No comments:
Post a Comment