Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu kedua
puluh enam mengandung. Kandungan ibu hamil telah pun menjangkau usia 6
bulan. Ketahui kondisi janin sepanjang mengandungkan bayi di dalam
rahim anda. Ikuti perkembangan bayi dalam kandungan dari minggu ke
minggu.
Minggu Kedua Puluh Enam Hamil (Mengandung 6 Bulan)
Hamil 26 minggu,
ibu hamil kini memasuki usia
kandungan 6 bulan. Ibu mengandung
dinasihati untuk makan 4 vitamin pil hematinik yang penting sepanjang kehamilan
antaranya pil asid folik, vitamin B
kompleks, vitamin C dan pil zat besi (ferrous fumarate).
Info
Kehamilan: Perkembangan JANIN Bayi Dalam Kandungan Hamil 26 Minggu
Pada usia fetus (bayi) 26 minggu,
mata bayi si ibu hamil akan mula
membuka di sekitar masa ini. Saiz bayi di minggu 26 kehamilan adalah 35.6sm
dengan berat 760 gram. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten
menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga
sudah siap terbentuk. Bayi terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun dia
hanya menyedut air dan bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk
dia selepas dilahirkan kelak.
Oleh kerana bayi ibu mengandung membesar dengan pantas dan perkembangan otaknya
begitu giat pada masa ini, pemakanan wanita
mengandung adalah amat penting. Teruslah memakan diet seimbang yang
merangkumi banyak bijirin dan sayur. Makanan yang kaya dengan serat, termasuk
roti bijian penuh dan bijirin, kekacang dan beras perang mengandungi banyak
vitamin B dan membantu mencegah wanita
hamil mengalami masalah sembelit. Kredit: Perkembangan
Fetus: Hamil 26 Minggu
Keadaan Ibu Hamil Ketika Umur Kandungan 26 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
26 minggu, ibu hamil harus
mengikuti kelas antenatal. Kelas ini dapat memberikan wanita mengandung maklumat yang baik dan jelas tentang kelahiran
dan hari-hari awal keibubapaan. Melengkapkan diri dengan maklumat akan membantu
menenangkan apa jua keraguan ibu
mengandung tentang melahirkan bayi.
Anda telah melepasi trimester pertama mengandung. Tahniah!
Kini anda memasuki trimester kedua hamil.
Kandungan bayi masuk minggu ke 26. Memasuki trimester 2 hamil, ibu hamil dinasihati memakai baju yang lebih
longgar yang tidak menghalang pergerakan.
Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung
Jangan mengangkat benda terlampau
berat. Banyakkan berehat. Tidur awal di waktu malam agar mendapat kesihatan
yang baik sepanjang kehamilan.
Minum banyak air putih sekitar 8 gelas
atau lebih dalam sehari. Amalkan minum susu ketika hamil. Susu penting untuk
gigi dan tulang bayi yang sedang berkembang di dalam rahim ibu hamil.
Jaga pemakanan sepanjang tempoh hamil.
Jangan makan benda manis berlebihan, kawal diet pemakanan. Perbanyakkan makan
sayuran dan buah-buahan.
Gambar menunjukkan perbezaan saiz bayi di usia kehamilan 1 bulan, 6 bulan sehingga masuk 9 bulan mengandung. Saiz
bayi makin membesar di dalam rahim ketika usia
kandungan masuk minggu ke 26.
Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan (Mengandung 6 Bulan)
Bersedia untuk memasuki fasa terakhir
kehamilan di trimester ketiga.
No comments:
Post a Comment