Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu keempat
belas mengandung. Bayi sudah boleh mengecilkan matanya. Ketahui kondisi
janin sepanjang mengandungkan bayi di dalam rahim kita. Ikuti perkembangan janin bayi dalam kandungan dari minggu ke minggu.
Minggu Keempat Belas Hamil (Mengandung 3 Bulan)
Hamil 14 minggu,
anda sudah boleh mengetahui jantina bayi anda melalui proses scan di klinik
swasta. Ibu mengandung dinasihati untuk makan 4 vitamin pil hematinik yang
penting sepanjang kehamilan antaranya pil
asid folik, vitamin B kompleks, vitamin C dan pil zat besi (ferrous fumarate).
Info
Kehamilan: Perkembangan
Bayi Dalam Kandungan Hamil 14 Minggu
Pada usia fetus (bayi) 14 minggu,
pergerakan bayi di dalam rahim semakin bebas. Saiz bayi di minggu 14
kehamilan adalah berukuran 9sm dan beratnya 43 gram. Bulu kening bayi mula
timbul dan rambut di kepalanya juga tumbuh. Pada masa ini, fetus boleh
memegang, mengecilkan mata, mengerut dahi, menyeringai dan boleh menghisap
jarinya. Ketika ini, jantina bayi sama ada lelaki atau perempuan sudah boleh
dikesan melalui imbasan ultrabunyi (ultrasound USG). Jantung bayi berdegup 2
kali lebih laju daripada degupan jantung ibunya. Kredit: Perkembangan
Fetus Hamil: 14 Minggu
Keadaan Ibu Hamil Ketika Umur Kandungan 14 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
14 minggu, perut ibu hamil membesar sedikit demi sedikit. Payudara ibu
hamil mula membesar, kawasan puting susu ibu hamil menjadi lebih gelap.
Anda telah melepasi trimester pertama mengandung. Tahniah!
Kini anda memasuki trimester kedua hamil.
Kandungan bayi masuk minggu ke 14. Memasuki trimester 2 hamil, ibu hamil dinasihati memakai baju yang lebih
longgar yang tidak menghalang pergerakan.
Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung
Ibu hamil dinasihati untuk makan lebih
banyak buah-buahan untuk mendapat tenaga. Banyakkan berehat. Tidur awal di
waktu malam agar mendapat kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.
Minum banyak air putih sekitar 8 gelas
atau lebih dalam sehari. Amalkan minum susu ketika hamil. Susu penting untuk gigi
dan tulang bayi yang sedang berkembang di dalam rahim ibu hamil.
Elakkan makan makanan yang mengandungi
manis berlebihan, elak makanan berminyak, elak makanan yang mengandungi
kemasinan yang tinggi, lebihkan pengambilan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
Gambar menunjukkan perbezaan saiz bayi di usia kehamilan 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan dan 4 bulan mengandung. Saiz
bayi makin membesar di dalam rahim ketika usia
kandungan masuk minggu ke 14.
Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan (Mengandung 3 Bulan)
Tahniah! Kini kandungan anda berusia 3
bulan. Jaga diri baik-baik sepanjang tempoh kehamilan anda k.
No comments:
Post a Comment