Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu kesembilan
belas mengandung. Kandungan sudah berusia 4 bulan lebih! Pergerakan
bayi semakin aktif. Ketahui kondisi janin sepanjang mengandungkan bayi
di dalam rahim anda. Ikuti perkembangan janin bayi dalam kandungan dari minggu
ke minggu.
Minggu Kesembilan Belas Hamil (Mengandung 4 Bulan Lebih)
Hamil 19 minggu,
ibu hamil kini memasuki usia kandungan 5 bulan. Ibu mengandung
dinasihati untuk makan 4 vitamin pil hematinik yang penting sepanjang kehamilan
antaranya pil asid folik, vitamin B
kompleks, vitamin C dan pil zat besi (ferrous fumarate).
Info
Kehamilan: Perkembangan
Bayi Dalam Kandungan Hamil 19 Minggu
Pada usia fetus (bayi) 19 minggu,
deria bayi mula bekerjaa saat ini. Saiz bayi di minggu 19 kehamilan
adalah berukuran 15sm panjang dari mercu kepala ke punggung dan berat bayi sekitar
240 gram. Bayi mula menelan cecair amnion dan ginjalnya terus mengeluarkan
kencing. Rambut atas kepala bayi sudah mula tumbuh. Perkembangan deria bayi
semakin baik. Sel-sel saraf bayi bekerja untuk setiap deria seperti deria rasa,
bau, dengar, lihat dan sentuh.
Ibu hamil akan merasakan tendangan dan
pergerakan tunggang terbalik bayi yang kian membesar dalam rahim. Bayi yang bergerak
aktif sering membuatkan ibu hamil sukar untuk tidur. Kredit: Perkembangan
Fetus: Hamil 19 Minggu
Keadaan Ibu Hamil Ketika Umur Kandungan 19 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
19 minggu, ada ketikanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit. Iaitu
sukar untuk membuang air besar. Juga akan berasa gatal di bahagian kulit perut.
Bayi aktif di dalam rahim menyebabkan ibu hamil sukar untuk lelapkan mata.
Anda telah melepasi trimester pertama mengandung. Tahniah!
Kini anda memasuki trimester kedua hamil.
Kandungan bayi masuk minggu ke 19. Memasuki trimester 2 hamil, ibu hamil dinasihati memakai baju yang lebih
longgar yang tidak menghalang pergerakan.
Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung
Ibu hamil dinasihati untuk makan lebih
banyak buah-buahan untuk mendapat tenaga. Banyakkan berehat. Tidur awal di
waktu malam agar mendapat kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.
Minum banyak air putih sekitar 8 gelas
atau lebih dalam sehari. Amalkan minum susu ketika hamil. Susu penting untuk
gigi dan tulang bayi yang sedang berkembang di dalam rahim ibu hamil.
Elakkan makan makanan yang mengandungi
manis berlebihan, elak makanan berminyak, elak makanan yang mengandungi
kemasinan yang tinggi, lebihkan pengambilan sayur-sayuran hijau dan
buah-buahan.
Gambar menunjukkan perbezaan saiz bayi di usia kehamilan 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan, 4 bulan dan 5 bulan mengandung.
Saiz bayi makin membesar di dalam rahim ketika usia kandungan masuk minggu
ke 19.
Perkembangan Bayi Dalam Kandungan (Mengandung 4 – 5
Bulan)
Tahniah atas kehamilan anda!
No comments:
Post a Comment