Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu kelapan
mengandung. Embrio makin membesar dan dikenali sebagai fetus. Ketahui kondisi
janin sepanjang mengandungkan bayi di dalam rahim kita? Ikuti perkembangan
bayi dalam kandungan dari minggu ke minggu.
Gambar perbezaan saiz bayi di antara usia kandungan 1 bulan dan 2 bulan
Minggu Kelapan Hamil (2 Bulan Mengandung)
Hamil 8 minggu,
dah masuk 2 bulan anda tidak datang haid. Apa lagi, cepat beli alat pengesan
kehamilan di farmasi, kedai dan pasaraya. Jika keputusan menunjukkan anda
hamil, segera daftar diri di klinik kesihatan. Sama ada klinik kerajaan mahupun
klinik swasta. Anda akan diberi kaunseling mengenai cara penjagaan kehamilan
dan diberikan vitamin untuk ibu mengandung. Pil asid folik sangat penting dimakan oleh ibu hamil.
Info
Kehamilan: Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Usia 8 Minggu
Pada usia janin (bayi) 8 minggu,
embrio di dalam rahim ibu hamil
sekarang bergelar fetus, yang bermaksud
zuriat. Uterus ibu hamil akan
meregang untuk memuatkan fetus di dalam rahim. Semua organ, otot dan saraf bayi
kini sudah mula berfungsi. Tangan bayi boleh dibengkokkan di pergelangannya,
dan jari kaki yang berselaput dahulu beransur hilang. Kelopak mata bayi mula
menutupkan matanya. Kredit: Perkembangan
Fetus Hamil: 8 Minggu
Keadaan Ibu Hamil Ketika Umur Kandungan 8 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
8 minggu, bentuk badan ibu hamil mula berubah. Pinggang akan mula melebar. Anda
digalakkan untuk mengunakan pakaian yang longgar bersaiz besar. Bagi tujuan
keselesaan anda sepanjang bentuk badan anda yang kian bertambah. Payudara ibu
hamil juga makin membesar, situasi ini memerlukan anda membeli coli yang baru
yang bersaiz besar.
Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung
Keadaan ibu hamil yang kerap muntah
akibat morning sickness akan menyebabkan mereka rasa lemah dan tidak bertenaga.
Ibu hamil dinasihati untuk makan lebih banyak buah-buahan untuk mendapat tenaga.
Banyakkan berehat. Tidur awal di waktu malam agar mendapat kesihatan yang baik
sepanjang kehamilan.
Jika berasa hendak kencing, jangan
ditahan-tahan. Kencing dengan segera. Walaupun anda alami kekerapan kencing
yang tinggi. Ianya adalah situasi yang normal bagi ibu hamil. Minum lebih
banyak air putih, air jus buah-buahan dengan kadar manis yang rendah.
Minum banyak air putih sekitar 8 gelas atau lebih dalam sehari. Ibu hamil amalkan minum air susu. Kalsium dan fosforus penting untuk
gigi dan tulang bayi anda yang sedang berkembang dalam rahim.
Perkembangan Bayi Dalam Kandungan (Mengandung 2 Bulan)
Tahniah jika
anda telah hamil. Jaga diri sepanjang kehamilan anda k. Merasai pengalaman
mengandung adalah anugerah istimewa buat wanita bakal bergelar ibu.
No comments:
Post a Comment