Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu kedua
puluh satu mengandung. Kandungan ibu hamil telah pun menjangkau usia 5
bulan. Ketahui kondisi janin sepanjang mengandungkan bayi di dalam
rahim anda. Ikuti perkembangan janin bayi dalam kandungan dari minggu ke
minggu.
Minggu Kedua Puluh Satu Hamil (Mengandung 5 Bulan)
Hamil 21 minggu,
ibu hamil kini memasuki usia kandungan 5 bulan. Ibu mengandung
dinasihati untuk makan 4 vitamin pil hematinik yang penting sepanjang kehamilan
antaranya pil asid folik, vitamin B
kompleks, vitamin C dan pil zat besi (ferrous fumarate).
Info
Kehamilan: Perkembangan
Bayi Dalam Kandungan Hamil 21 Minggu
Pada usia fetus (bayi) 21 minggu,
bayi sudah boleh mendengar. Saiz bayi di minggu 21 kehamilan adalah
berukuran 27sm manakala berat bayi adalah 360 gram. Bulu kening dan kelopak
mata bayi telah tumbuh sepenuhnya dan kuku jari tangan sudah menutupi hujung jari.
Bayi ibu hamil sekarang boleh
mendengar perbualan si ibu. Jika kita bercakap, membaca atau menyanyi kepada
bayi kita, dia pasti boleh mendengarnya. Berdasarkan kajian, bayi baru lahir
akan menghisap dengan lebih kuat apabila si ibu membacakan buku yang dia pernah
dengar semasa dalam kandungan. Kredit: Perkembangan
Fetus: Hamil 21 Minggu
Keadaan Ibu Hamil Ketika Umur Kandungan 21 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
21 minggu, ibu hamil merasa lebih selesa. Perut mula membesar
perlahan-lahan. Walau bagaimanapun ia masih belum nampak ketara besar. Tiada
lagi alahan mengandung seperti mual yang dialami ibu hamil ketika di trimester
1 dahulu. Malah kekerapan kencing dan keletihan beransur hilang.
Anda telah melepasi trimester pertama mengandung. Tahniah!
Kini anda memasuki trimester kedua hamil.
Kandungan bayi masuk minggu ke 21. Memasuki trimester 2 hamil, ibu hamil dinasihati memakai baju yang lebih
longgar yang tidak menghalang pergerakan.
Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung
Jangan mengangkat benda terlampau
berat. Banyakkan berehat. Tidur awal di waktu malam agar mendapat kesihatan
yang baik sepanjang kehamilan.
Minum banyak air putih sekitar 8 gelas
atau lebih dalam sehari. Amalkan minum susu ketika hamil. Susu penting untuk
gigi dan tulang bayi yang sedang berkembang di dalam rahim ibu hamil.
Jaga pemakanan sepanjang tempoh hamil.
Jangan makan benda manis berlebihan, kawal diet pemakanan. Perbanyakan makan
sayuran dan buah-buahan.
Gambar menunjukkan perbezaan saiz bayi di usia kehamilan 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan, 4 bulan dan 5 bulan mengandung.
Saiz bayi makin membesar di dalam rahim ketika usia kandungan masuk minggu
ke 21.
Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan (Mengandung 5 Bulan)
Alhamdulillah,
seronoknya merasai pengalaman mengandung. Tak lama lagi anda bakal mendapat
gelaran ‘MAMA, IBU, EMAK, MAMI’. Excited!!!
No comments:
Post a Comment