Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu kedua
puluh dua mengandung. Kandungan ibu hamil telah pun menjangkau usia 5
bulan. Ketahui kondisi janin sepanjang mengandungkan bayi di dalam
rahim anda. Ikuti perkembangan janin bayi dalam kandungan dari minggu ke minggu.
Minggu Kedua Puluh Dua Hamil (Mengandung 5 Bulan)
Hamil 22 minggu,
ibu hamil kini memasuki usia kandungan 5 bulan. Ibu mengandung
dinasihati untuk makan 4 vitamin pil hematinik yang penting sepanjang kehamilan
antaranya pil asid folik, vitamin B kompleks,
vitamin C dan pil zat besi (ferrous fumarate).
Info
Kehamilan: Perkembangan
Bayi Dalam Kandungan Hamil 22 Minggu
Pada usia fetus (bayi) 22 minggu,
gigi bayi mulai terbentuk. Saiz bayi di minggu 22 kehamilan adalah
berukuran melebihi 27sm dari mercu kepala ke tumit. Berat bayi mencecah 430 gram.
Bibir bayi sudah jelas kelihatan dan matanya telah terbentuk. Pankreas bayi
yang berfungsi sebagai pengeluaran hormon sedang berkembang dengan baik. Tanda
pertama kemunculan gigi bayi telah terbentuk dalam gambaran kudup-kudup di
belakang garisan gusi bayi. Kredit: Perkembangan
Fetus: Hamil 22 Minggu
Keadaan Ibu Hamil Ketika Umur Kandungan 22 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
22 minggu, berat badan ibu hamil mungkin telah bertambah di antara 5.4 kg
dan 6.8 kg. Bermula dari sekarang, ibu hamil akan menambahkan berat badan
secara konsisten, dengan purata lebih kurang 225 gram setiap minggu. Ibu hamil
mungkin mengidamkan makanan tertentu dan mungkin menyedari berlakunya rembesan
faraj berlebihan (tapi tidak berdarah). Kedua-dua ini adalah perkara normal
dalam kehamilan. Malah mungkin ibu hamil juga akan mula mengalami pembengkakan
kaki ketika ini.
Anda telah melepasi trimester pertama mengandung. Tahniah!
Kini anda memasuki trimester kedua hamil.
Kandungan bayi masuk minggu ke 22. Memasuki trimester 2 hamil, ibu hamil dinasihati memakai baju yang lebih
longgar yang tidak menghalang pergerakan.
Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung
Jangan mengangkat benda terlampau
berat. Banyakkan berehat. Tidur awal di waktu malam agar mendapat kesihatan
yang baik sepanjang kehamilan.
Minum banyak air putih sekitar 8 gelas
atau lebih dalam sehari. Amalkan minum susu ketika hamil. Susu penting untuk
gigi dan tulang bayi yang sedang berkembang di dalam rahim ibu hamil.
Jaga pemakanan sepanjang tempoh hamil.
Jangan makan benda manis berlebihan, kawal diet pemakanan. Perbanyakan makan
sayuran dan buah-buahan.
Gambar menunjukkan perbezaan saiz bayi di usia kehamilan 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan, 4 bulan dan 5 bulan mengandung.
Saiz bayi makin membesar di dalam rahim ketika usia kandungan masuk minggu
ke 22.
Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan (Mengandung 5 Bulan)
Alhamdulillah,
seronoknya merasai pengalaman mengandung. Tak lama lagi anda bakal mendapat
gelaran ‘MAMA, IBU, EMAK, MAMI’. Excited!!!
Rindunya saat2 kehamilan..Rindu baby ber "dance" dalam perut ibu..hihi
ReplyDeleteWah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. makanan tambahan untuk ibu hamil
ReplyDelete