Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Hamil 23 Minggu

Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu kedua puluh tiga mengandung. Kandungan ibu hamil telah pun menjangkau usia 5 bulan. Ketahui kondisi janin sepanjang mengandungkan bayi di dalam rahim anda. Ikuti perkembangan bayi dalam kandungan dari minggu ke minggu.

Minggu Kedua Puluh Tiga Hamil (Mengandung 5 Bulan)

Hamil 23 minggu, ibu hamil kini memasuki usia kandungan 5 bulan. Ibu mengandung dinasihati untuk makan 4 vitamin pil hematinik yang penting sepanjang kehamilan antaranya pil asid folik, vitamin B kompleks, vitamin C dan pil zat besi (ferrous fumarate).

Info Kehamilan: Perkembangan JANIN Bayi Dalam Kandungan Hamil 23 Minggu

Pada usia fetus (bayi) 23 minggu, bayi boleh mendengar dengan baik. Saiz bayi di minggu 23 kehamilan adalah berukuran 29sm dari mercu kepala ke tumit dan memiliki berat 500 gram. Pendengaran bayi semakin bayi, ia mula mengenal suara ibunya, bunyi denyutan jantung kita dan bunyi perut kita yang berkeroncong. Bunyi-bunyi kuat yang boleh didengarinya dari dalam rahim, seperti bunyi anjing sebelah rumah menyalak atau bunyi pembersih vakum, mungkin tidak akan mengganggu anak kita apabila dia mendengarnya selepas dia lahir. Sesetengah kajian mengesyorkan bahawa bayi dalam kandungan lebih gemarkan muzik klasik.

Perkembangan bayi dalam kandungan hamil 23 minggu, perkembangan fetus bayi ibu hamil 23 minggu, hamil minggu kedua puluh tiga mengandung, hamil mengandung 5 bulan trimester kedua, tanda hamil usia 23 minggu, kondisi keadaan ibu hamil umur kandungan minggu ke 23 trimester 2, bila tarikh mengandung, gambar bayi fetus 23 minggu, vitamin ibu hamil pil hematinik, asid folik, pil zat besi (ferrous fumarate)
  
Paru-paru bayi membuat persediaan untuknya bernafas. Dia sentiasa menelan tetapi dia biasanya tidak akan membuang najis (dipanggil mekonium) sehingga selepas dilahirkan. Jika bayi kita dilahirkan sekarang (di minggu kehamilan ke 23), dia mempunyai kemungkinan kecil (lebih kurang 16 peratus) untuk meneruskan hidup dengan penjagaan yang sesuai. Setiap hari dia berada dalam rahim memberinya peluang yang lebih baik untuk meneruskan hidup. Jika dia dilahirkan pada minggu ke 24 kehamilan, peluangnya untuk terus hidup akan meningkat kepada 44 peratus. Kredit: Perkembangan Fetus: Hamil 23 Minggu

Keadaan Ibu Hamil Ketika Umur Kandungan 23 Minggu

Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan 23 minggu, gusi ibu hamil mungkin akan berdarah apabila aktiviti menggosok gigi. Ini disebabkan hormon kehamilan yang sering membuatkan gusi ibu hamil membengkak. Pusat ibu hamil yang dahulunya 'tenggelam', sekarang sudah membonjol. Ianya adalah perkara normal yang terjadi ketika kehamilan.

Anda telah melepasi trimester pertama mengandung. Tahniah! Kini anda memasuki trimester kedua hamil. Kandungan bayi masuk minggu ke 23. Memasuki trimester 2 hamil, ibu hamil dinasihati memakai baju yang lebih longgar yang tidak menghalang pergerakan.

Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung

Jangan mengangkat benda terlampau berat. Banyakkan berehat. Tidur awal di waktu malam agar mendapat kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.

Minum banyak air putih sekitar 8 gelas atau lebih dalam sehari. Amalkan minum susu ketika hamil. Susu penting untuk gigi dan tulang bayi yang sedang berkembang di dalam rahim ibu hamil.

Jaga pemakanan sepanjang tempoh hamil. Jangan makan benda manis berlebihan, kawal diet pemakanan. Perbanyakan makan sayuran dan buah-buahan.

Perkembangan bayi dalam kandungan hamil 23 minggu, perkembangan fetus bayi ibu hamil 23 minggu, hamil minggu kedua puluh tiga mengandung, hamil mengandung 5 bulan trimester kedua, tanda hamil usia 23 minggu, kondisi keadaan ibu hamil umur kandungan minggu ke 23 trimester 2, bila tarikh mengandung, gambar bayi fetus 23 minggu, vitamin ibu hamil pil hematinik, asid folik, pil zat besi (ferrous fumarate)
Gambar menunjukkan perbezaan saiz bayi di usia kehamilan 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan, 4 bulan dan 5 bulan mengandung. Saiz bayi makin membesar di dalam rahim ketika usia kandungan masuk minggu ke 23.


Perkembangan Bayi Dalam Kandungan (Mengandung 5 Bulan)
Alhamdulillah, seronoknya merasai pengalaman mengandung. Tak lama lagi anda bakal mendapat gelaran ‘MAMA, IBU, EMAK, MAMI’. Excited!!!

No comments:

Post a Comment