Prosedur Minum Air Gula Semasa Mengandung (MGTT)

Anda dah disahkan hamil? Alhamdulillah.. Berita yang sangat mengujakan buat pasangan berkahwin. Bagi yang mengandung anak pertama, mesti tertanya-tanya bila misi suruh buat ujian MGTT iaitu minum air gula. Berlegar-legar soalan dalam kepala, apa rasa air gula tu? Mengapa mesti minum air gula sewaktu hamil? Agak-agak air gula tu semanis apa ye?  

Ligat sungguh sel-sel otak berhubung dalam fikiran ibu mengandung. Hamil anak sulung merupakan pengalaman terbaru dan sungguh mengujakan! Semua benda excited nak tahu. Macam aku, bila disuruh misi buat ujian air gula, terus aku search kat Google. Masa tu kandungan aku mencapai usia 4 bulan (hamil 18 minggu). Pengalaman aku: Minum Air Gula Ketika Hamil & Ujian MGTT.

Prosedur minum air gula ibu mengandung ujian MGTT hamil, mengandung anak pertama minum air gula, hamil anak sulung ujian air gula, cara petua proses tips minum air gula, ibu mengandung berisiko hidap penyakit kencing manis, ujian gula dalam badan wanita mengandung GDM (gestational diabetis mellitus), ujian 7 point BSP (blood sugar profile test), gambar ambil darah, gambar minum air gula ibu hamil, pengalaman minum air gula
Minum air gula perlahan-lahan sehingga habis

Prosedur Minum Air Gula Ibu Mengandung & Ujian MGTT Hamil

1. Untuk buat ujian minum air gula ke atas ibu mengandung, kita akan diberi borang yang dinamakan MGTT (Modified Glucose Tolerance Test). Borang MGTT ni kita dapat semasa kita daftar kehamilan di klinik kerajaan, klinik swasta mahupun di hospital.
2. Misi akan bagi penerangan berkaitan prosedur atau proses menjalani ujian air gula. Cara minum air gula dan terangkan serba sedikit mengapa ibu mengandung perlu buat ujian MGTT.
3. 10 jam sebelum membuat ujian MGTT, ibu hamil dikehendaki berpuasa. Contohnya, kita tak boleh makan dan minum selepas jam 10.00 malam. Minum boleh tapi dalam kuantiti sedikit. Minum air suam je. Minum air manis tak dibenarkan.
4. Datang awal ke hospital sekitar jam 8.00 pagi.
5. Serahkan borang ujian MGTT kat kaunter makmal. Nama akan dipanggil untuk buat ujian darah.
6. Darah akan diambil di bahagian hujung jari.
7. Lepas bacaan darah diambil, pihak kesihatan akan suruh kita minum air gula yang tersedia di meja khas sambil bagi penerangan cara minum air gula.
8. Minum air gula segelas, tanpa muntah, kemudian minum lagi segelas air suam.
9. Pihak kesihatan akan bagitau masa untuk kembali buat ujian lepas minum air gula. Kalau kita minum air gula jam 8.30 pagi, kita akan disuruh kembali jam 10.30 pagi. Tempoh 2 jam untuk air gula tu meresap ke dalam badan kita.
10. Jam 10.30 pagi datang lagi ke makmal tersebut tanpa perlu beratur. Masuk dalam makmal terus. Pihak kesihatan akan terus ambil darah kita lagi kat hujung jari.
11. Lepas bacaan diambil, kita kena bawa report ujian MGTT datang berjumpa doktor.
12. Doktor akan review hasil keputusan ujian air gula kita. Kalau lulus, selamat! Kalau bacaan gula dalan badan kantoi! Kena buat ujian 7 point BSP (Blood Sugar Profile Test). Jangan risau, semuanya untuk kebaikan kita dan bayi dalam kandungan kita. Jangan takut kena cucuk jarum. Tabahkan hati je.

Prosedur minum air gula ibu mengandung ujian MGTT hamil, mengandung anak pertama minum air gula, hamil anak sulung ujian air gula, cara petua proses tips minum air gula, ibu mengandung berisiko hidap penyakit kencing manis, ujian gula dalam badan wanita mengandung GDM (gestational diabetis mellitus), ujian 7 point BSP (blood sugar profile test), gambar ambil darah, gambar minum air gula ibu hamil, pengalaman minum air gula
Gambar ambil darah kat hujung jari untuk dapatkan bacaan tahap gula dalam badan ibu mengandung

Sebab Ibu Mengandung Perlu Minum Air Gula

Melalui pemahaman aku kat internet, ibu mengandung yang disyaki berisiko hamil perlu menjalani ujian minum air gula yang dikenali MGTT (Modified Glucose Tolerance Test). Ujian MGTT dibuat untuk memastikan ibu mengandung tidak mempunyai GDM (Gestational Diabetis Mellitus). GDM ni penyakit kencing manis yang wanita mengandung berisiko dapat ketika hamil. Ibu mengandung yang disahkan menghidap GDM ataupun mempunyai kencing manis mesti menjalani rawatan kesihatan sepanjang tempoh kehamilan mereka.

Menerusi pembacaan aku kat sumber lain pulak, ada wanita mengandung yang rasa tak puas hati bila disuruh buat ujian MGTT (minum air gula). Katanya, mereka bukan terdiri dari golongan yang berisiko hamil tetapi tetap jugak disuruh buat ujian minum air gula. Lepas tu, ada pihak pakar terangkan, minum air gula ni untuk memantau kesihatan mereka ketika mengandung. Ini untuk elak kejadian tak diingini contohnya kes bayi mati dalam perut, bayi terlebih besar, disahkan menghidap kencing manis selepas melahirkan anak.

Kalau dulu, ibu mengandung berisiko je yang ada buat ujian minum air gula, sekarang semua ibu hamil kena lalui ujian MGTT. So, bersabarlah semua, jangan complain-complain. Pihak kesihatan berusaha memberikan khidmat terbaik buat golongan wanita mengandung seperti kita. Pada ibu mengandung yang bakal menjalani ujian MGTT, semoga sukses ye. Selamat menikmati dan enjoy minum air gula.

7 comments:

  1. Haha teringat masa kene mnm air gula. Hehe. Cx kene mnm sbb keturunan ada penyakit 3serangkai. Huhu tp Alhamdulillah normal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh ye ke. akak lak sebab terlebih comel. Adik akak yg slim menyelim tu pun minum air gula gak. Sesekala merasa air gula mmg pengalaman terindah x dpt dilupakan. Hihi

      Delete
  2. Hehe. Ni haa brt cx dah terlebih tau kak umi. Nurse ckp kalau berat naik lg.. mgkn kene lg mnm air gula. Huwaaaaa !! taknak!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk kena minum lagi tu yg payah. melekit-lekit kat kerongkong kita. haha. doktor nasihat akak just control diet. jgn makan dan minum benda manis. kurangkan karbohidrat. tapi 7 point bsp tetap berjalan.

      Delete
  3. Pengalaman minum air gula... Huhu... Ingt2 blik mcm serik pun ada... Hehe... Tpi tgk kaletah anak... Nak je mmegandung lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika dibandingkan minum air gula dengan buat 7 point bsp tu, lagi seronok dpt minum air gula even manis likat pekat
      tapi takpe, utk kesihatan diri n bayi dalam kandungan, moga kedua-duanya sihat walafiat
      jom la kak.. sesi mengandung lagi..seronok ada anak kecik kat umah

      Delete
  4. makasih banyak bunda infonya, lengkap nian artikelnya,..
    madu penyubur kandungan al mabruroh , Obat Asam Urat

    ReplyDelete