Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu kelima
mengandung. Tahniah! Zigot (embrio) telah melekat dengan jayanya di dinding
rahim. Ketahui kondisi janin sepanjang mengandungkan bayi di dalam rahim
kita: perkembangan bayi dalam kandungan.
Minggu Kelima Hamil
Hamil 5 minggu,
pasti para isteri begitu teruja bila menyemak kalendar period bahawasanya
haidnya tidak datang selama tempoh sebulan! Mungkin ada berita baik! Ada yang
mula tersenyum sengsorang! Ada yang mula bagi klu kat suami, ada penghuni did
alam perut. Ada yang dah mula mencari info tanda-tanda hamil kat Google. See,
betapa bahagianya seorang isteri bila mengetahui dirinya bakal bergelar ibu.
Untuk kepastian, kita boleh semak diri
kita sama ada mengandung ataupun tak. Beli
alat ujian kehamilan yang dikenali UPT
(urine pregnancy test) untuk menguji kehamilan kita. Cara guna UPT tu
tertera jelas kat kotak tersebut. Mudah je nak guna!
Gambar UPT dan keputusan ujian
kehamilan: I’am pregnant!
Info Kehamilan: Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Usia 5 Minggu
Pada usia janin (bayi) 5 minggu,
jantung embrio sudah mula berdenyut. Panjang embrio lebih kurang 0.5 cm dan
rupanya kelihatan seperti berudu. Terbentuknya organ utama iaitu ginjal dan
hati. Anggota badan bayi mula tumbuh menjadi tangan, kaki, mulut, telinga, leher
dan rahang bayi. Raut muka juga mula terbentuk. Lubang hidung lebih kelihatan
dan retina mata mula timbul. Saiz bayi ketika usia kehamilan 5 minggu adalah
sebesar biji buah epal. Kredit: Perkembangan
Fetus: Hamil 5 Minggu
Keadaan Ibu Hamil Ketika Umur Kandungan 5 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
5 minggu, perut ibu hamil belum kelihatan buncit. Ini kerana saiz embrio
yang masih kecil di dalam rahim. Ibu hamil akan mengalami morning sickness,
alahan mengandung. Sering mual, muntah dan selera makan turun mendadak.
Bermulanya proses persenyawaan di minggu 1 kehamilan hingga minggu ke-9
Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung
Jika anda masih dalam usia kandungan
sekitar 1 bulan lebih, anda dinasihati untuk menjaga kesihatan diri.
Jangan terlalu aktif sama ada bersukan, membuat kerja rumah. Malah pengambilan
makanan juga perlu berhati-hati. Risiko
keguguran untuk trimester pertama
iaitu usia kandungan bawah 3 bulan
adalah tinggi.
Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan (Mengandung 1 Bulan)
Kini usia
kandungan anda mencecah 1 bulan. Embrio yang comel kini terletak sempurna dalam
rahim anda.
No comments:
Post a Comment