Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu ketujuh
belas mengandung. Ini menandakan anda telah hamil untuk tempoh 4
bulan lebih! Alhamdulillah.. Tak sedar cepatnya masa berlalu. Ketahui kondisi
janin sepanjang mengandungkan bayi di dalam rahim anda. Ikuti perkembangan janin bayi dalam kandungan dari minggu ke minggu.
Minggu Ketujuh Belas Hamil (Mengandung 4 Bulan Lebih)
Hamil 17 minggu,
ibu hamil kini memasuki usia kandungan 5 bulan. Ibu mengandung
dinasihati untuk makan 4 vitamin pil hematinik yang penting sepanjang kehamilan
antaranya pil asid folik, vitamin B
kompleks, vitamin C dan pil zat besi (ferrous fumarate).
Info
Kehamilan: Perkembangan
Bayi Dalam Kandungan Hamil 17 Minggu
Pada usia fetus (bayi) 17 minggu,
degupan janyung bayi sudah dapat di dengar. Saiz bayi di minggu 17 kehamilan
adalah sebesar 13sm dari kepala ke punggung dan mempunyai berat sekitar 140
gram. Rangka tulang bayi yang berunsurkan rawan liat, akan mengeras kemudian.
Satu bahan pelindung yang dipanggil myelin mula membalut saraf tunjang bayi
dengan perlahan-lahan. Kredit: Perkembangan
Fetus: Hamil 17 Minggu
Keadaan Ibu Hamil Ketika Umur Kandungan 17 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
17 minggu, ibu hamil sudah boleh mendengar denyutan jantung bayi di dalam
rahim dengan menggunakan stetoskop. Pastinya saat ibu hamil mendengar degupan
jantung anaknya membuahkan rasa gembira di hati masing-masing. Emosi ibu hamil
semakin stabil jika dibandingkan bulan kehamilan yang terdahulu. Kadang-kadang
ibu hamil akan rasa senak akibat regangan ligamen pada perut.
Anda telah melepasi trimester pertama mengandung. Tahniah!
Kini anda memasuki trimester kedua hamil.
Kandungan bayi masuk minggu ke 17. Memasuki trimester 2 hamil, ibu hamil dinasihati memakai baju yang lebih
longgar yang tidak menghalang pergerakan.
Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung
Ibu hamil dinasihati untuk makan lebih
banyak buah-buahan untuk mendapat tenaga. Banyakkan berehat. Tidur awal di
waktu malam agar mendapat kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.
Minum banyak air putih sekitar 8 gelas
atau lebih dalam sehari. Amalkan minum susu ketika hamil. Susu penting untuk
gigi dan tulang bayi yang sedang berkembang di dalam rahim ibu hamil.
Elakkan makan makanan yang mengandungi
manis berlebihan, elak makanan berminyak, elak makanan yang mengandungi
kemasinan yang tinggi, lebihkan pengambilan sayur-sayuran hijau dan
buah-buahan.
Gambar menunjukkan perbezaan saiz bayi di usia kehamilan 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan, 4 bulan dan 5 bulan mengandung.
Saiz bayi makin membesar di dalam rahim ketika usia kandungan masuk minggu
ke 17.
Perkembangan Bayi Dalam Kandungan (Mengandung 4 – 5
Bulan)
Tahniah atas kehamilan anda!
No comments:
Post a Comment