Masihkah korang ingat tentang penyebaran video viral mengenai si ibu yang memukul anaknya. Anak yang
masih kecil, masih bayi lagi, iaitu berumur 5 bulan. Kisahnya pernah dicatat di
sini: Video Viral Kes Ibu Dera Bayi Ditahan Polis
Sedih..
Semestinya. Melihat seorang budak kecil
dipukul sebegitu rupa. Bila baca berita pasal si ibu ni, agak terkejut, ibu
yang berkahwin awal di usia muda. 17 tahun dah memiliki anak berusia 5 bulan.
Maknanya, si ibu ni hamil ketika berusia 15 - 16 tahun. Manakala ayah bayi ni
pula berusia 18 tahun. Sangat-sangat muda. Sumber: Punca
ibu pukul anak
Ibu bapa kepada bayi yang kena pukul ni, khabarnya masih
lagi di bawah tanggungan ibu bapa. Bila tengok umur mereka ni, terfikir gak,
adakah dia masih bersekolah? Ataupun terus berhenti sekolah menengah tanpa
dapat menduduki ujian SPM. Umur pelajar tingkatan 5 adalah sekitar 17 tahun.
Punca Ibu Pukul Anak Dalam Video Viral Dera Bayi
Punca si ibu ni pukul anaknya dalam video tersebut sebab tertekan dengan masalah yang dihadapinya dengan
suaminya. Menurut laporan polis, si ibu dan suaminya dalam proses perceraian.
Faktor usia yang terlalu muda bergelar ibu, tekanan perasaan menghadapi kes
perceraian, tertekan bila menggalas tugas ibu tunggal mungkin faktor tu semua menyebabkan
ibu muda ni bertindak melepaskan kemarahan kat anaknya yang masih
kecil tu.
Gambar Bayi Yang Hampir Jadi Kes Dera Dalam Video Viral
Hasil Laporan Kecederaan Bayi Akibat Dipukul Ibu Kandung
Selepas diperiksa, alhamdulillah bayi berkenaan tiada
kecederaan serius. Bayi tersebut diserahkan kembali kepada ibu remaja tersebut
untuk dijaga tetapi melalui pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Moga
ibu muda ni mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku.
Anak Amanah Allah Untuk Dididik & Disayangi
Betapa penat ibu
mengandungkan dan menghamilkan anaknya sehingga tempoh 9 bulan. Malahan ada
pasangan yang telah lama berkahwin namun tak dikurniakan zuriat. Pelbagai usaha dan wang ringgit dilaburkan untuk mempunyai anak sendiri. Rezeki ditangan Allah.
Ada yang secara mudah hamil tanpa
perlu melalui ujian berat.
Bersabarlah duhai pasangan yang belum mempunyai anak sendiri. Berusahalah tanpa putus
asa. Moga kalian semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan untuk hamil zuriat sendiri.
Bila kita dah diberi nikmat mempunyai cahaya mata, jagalah amanah Allah
sebaiknya. Didiklah anak dengan
sebaiknya. Berikan kasih sayang dan perhatian. Kawal emosi dan perasaan marah
bila berdepan masalah. Moga-moga tiada lagi kes penderaan bayi yang berlaku di dunia ni.
Viral sedunia! Kisah
si ibu / anak / bayi / kanak-kanak:
akak mmg tak sampai hati nk tgk video ni...apatah lg tengok dia di pukul..masa berita ni keluar,akk terus peluk anak,sedih sgt...tak sampai hati bila buat ank mcm tu...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMmg xsmpai hati tgk video ni...siann tgk dia huhuhu
ReplyDeleteBleh pos blik x komen awk yg d removed tu
DeleteMmg xsmpai hati tgk video ni...siann tgk dia huhuhu
ReplyDeletekamek xsmpe hati ngga video ya..jaik ati nangga..xsnggup mek...huhuhu
ReplyDelete