Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu kedua
belas mengandung. Bayi bergerak balas apabila tapak tangan dan kakinya
disentuh. Ibu hamil sudah boleh merasa tindak balas bayi di dalam rahim. Ketahui
kondisi janin sepanjang mengandungkan bayi di dalam rahim kita? Ikuti perkembangan
bayi dalam kandungan dari minggu ke minggu.
Minggu Kedua Belas Hamil (Mengandung 2 Bulan)
Hamil 12 minggu,
berat bayi dan saiz bayi semakin membesar. Ibu mengandung dinasihati untuk
makan 4 pil yang penting sepanjang kehamilan antaranya pil asid folik, vitamin B, vitamin C dan pil iron tablet.
Pil asid folik, vitamin B, vitamin C dan iron tablet untuk wanita mengandung
Info
Kehamilan: Perkembangan
Bayi Dalam Kandungan Hamil 12 Minggu
Pada usia fetus (bayi) 12 minggu,
wajah bayi ibu hamil semakin mirip rupa manusia. Saiz bayi di minggu 12
kehamilan adalah berukuran 5.5sm dan beratnya kurang daripada 14 gram. Mata
bayi yang pada mulanya muncul di sisi kepala, telah berganjak dan lebih rapat.
Telinganya hampir sampai ke posisi normal di sisi kepala. Hatinya pula
mengeluarkan hempedu dan ginjal bayi mengalirkan air kencing ke dalam pundi
kencing.
Jari bayi akan tertutup jika tapak
tangannya disentuh, jari kaki bayi bergulung ke bawah jika tapak kaki disentuh
dan jika kelopak mata disentuh, otot mata bayi akan menggenggam. Kredit: Perkembangan
Fetus: Hamil 12 Minggu
Keadaan Ibu Hamil Ketika Umur Kandungan 12 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
12 minggu, jika abdomen ibu hamil terasa seperti dicucuk-cucuk, itu
bermakna bayi sedang mengeliat. Namun begitu, pergerakan bayi ini belum dirasai
oleh ibu hamil. Pada masa ini, doktor sudah dapat merasa bahagian atas uterus,
juga dikenali sebagai fundus yang terletak rendah di bawah abdomen ibu hamil. Memasuki
trimester 2 hamil, ibu hamil
dinasihati memakai baju yang lebih longgar yang tidak menghalang pergerakan.
Anda telah melepasi trimester pertama mengandung. Tahniah!
Kini anda memasuki trimester kedua hamil.
Kandungan bayi masuk minggu ke 12.
Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung
Ibu hamil dinasihati untuk makan lebih
banyak buah-buahan untuk mendapat tenaga. Banyakkan berehat. Tidur awal di
waktu malam agar mendapat kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.
Minum banyak air putih sekitar 8 gelas
atau lebih dalam sehari. Amalkan minum
susu ketika hamil. Susu penting untuk gigi dan tulang bayi yang sedang
berkembang di dalam rahim ibu hamil.
Elakkan makan makanan yang mengandungi
manis berlebihan, elak makanan berminyak, elak makanan yang mengandungi
kemasinan yang tinggi, lebihkan pengambilan sayur-sayuran hijau dan
buah-buahan. Tahniah! Kini anda telah memasuki trimester kedua mengandung! Moga dipermudahkan urusan kehamilan
anda.
Gambar menunjukkan perbezaan saiz bayi di usia kehamilan 1 bulan, 2 bulan dan 3 bulan mengandung. Saiz bayi makin
membesar di dalam rahim ketika usia
kandungan masuk minggu ke 12.
Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan (Mengandung 2 Bulan)
Tahniah jika anda telah hamil. Jaga
diri sepanjang kehamilan anda k. Merasai pengalaman mengandung adalah anugerah
istimewa buat wanita bakal bergelar ibu.
No comments:
Post a Comment