Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Hamil 31 Minggu
Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu ke 31.
Ibu hamil telah pun memasuki trimester tiga kehamilan
dengan usia kandungan 7 bulan. Ibu mengandung dinasihati untuk makan vitamin pil
hematinik yang penting sepanjang kehamilan antaranya pil asid folik, vitamin B
kompleks, vitamin C dan pil zat besi (ferrous fumarate). Ketahui keadaan janin
sepanjang mengandungkan bayi di dalam rahim anda. Ikuti perkembangan janin bayi
dalam kandungan dari minggu ke minggu.
Buku pink ibu mengandung
Perkembangan Bayi Hamil 31 Minggu
Pada usia fetus (bayi) 31 minggu,
berat badan bayi makin bertambah. Saiz bayi di minggu 31 kehamilan
adalah 41sm dengan berat 1.5 kg. Saiz badan bayi sudah kelihatan seperti bayi
baru lahir. Ketika ini, bayi tidak lagi bergerak aktif seperti dahulu. Ini
kerana dia tidak mempunyai banyak ruang dalam uterus ibu hamil. Selagi ibu
mengandung boleh rasa bayi mengeliat, pastinya bayi dalam keadaan sihat.
Berat
badan bayi dijangka bertambah sekurang-kurangnya 900 gram lagi sebelum dia
dilahirkan. Organ bayi terus matang dan dia membuang air kecil melalui pundi
kencingnya. Ini adalah persediaan yang baik untuk melatih dia membuang air
selepas lahir kelak. Kredit: Perkembangan
Fetus: Hamil 31 Minggu
Keadaan Ibu Mengandung Ketika Umur Kandungan 31 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
31 minggu, berat badan ibu mengandung mungkin telah meningkat berat
sebanyak 1.3 kg hingga 1.8 kg pada bulan ini. Adalah normal bagi berat badan ibu
hamil naik sehingga 460 gram seminggu semasa trimester terakhir kerana bayi sedang
membesar di dalam rahim sebelum dia dilahirkan.
Anda telah melepasi trimester kedua mengandung. Tahniah!
Kini anda memasuki trimester ketiga kehamilan
di minggu ke 31. Memasuki trimester 3
hamil, ibu hamil dinasihati makan makan berkhasiat dan menggunakan pakaian
longgar dan selesa.
Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung
Jangan mengangkat benda terlampau
berat. Banyakkan berehat. Tidur awal di waktu malam agar mendapat kesihatan
yang baik sepanjang kehamilan.
Minum banyak air putih sekitar 8 gelas
atau lebih dalam sehari. Amalkan minum susu ketika hamil. Susu penting untuk
gigi dan tulang bayi yang sedang berkembang di dalam rahim ibu hamil.
Jaga pemakanan sepanjang tempoh hamil.
Jangan makan benda manis berlebihan, kawal diet pemakanan. Perbanyakkan makan
sayuran dan buah-buahan.
Gambar menunjukkan perbezaan saiz bayi di usia kehamilan 1 bulan, 7 bulan sehingga masuk 9 bulan mengandung. Saiz
bayi makin membesar di dalam rahim ketika usia
kandungan masuk minggu ke 31.
Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan (Mengandung 7 Bulan)
Perut akan mula memboyot dengan comel.
Itulah yang orang selalu panggil ‘mak buyung’. Dah 7 bulan dah, seronoknya!
No comments:
Post a Comment