Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu kedua
puluh mengandung. Kandungan sudah berusia 5 bulan. Ketahui kondisi
janin sepanjang mengandungkan bayi di dalam rahim anda. Ikuti perkembangan janin bayi dalam kandungan dari minggu ke minggu.
Minggu Kedua Puluh Hamil (Mengandung 5 Bulan)
Hamil 20 minggu,
ibu hamil kini memasuki usia kandungan 5 bulan. Ibu mengandung
dinasihati untuk makan 4 vitamin pil hematinik yang penting sepanjang kehamilan
antaranya pil asid folik, vitamin B
kompleks, vitamin C dan pil zat besi (ferrous fumarate).
Info
Kehamilan: Perkembangan
Bayi Dalam Kandungan Hamil 20 Minggu
Pada usia fetus (bayi) 20 minggu,
bayi berlatih menelan. Saiz bayi di minggu 20 kehamilan adalah berukuran
16.5sm dari mercu kepala hingga ke punggung. Satu bahan berlemak berwarna putih
dan licin yang dipanggil verniks kaseosa mula membalut bayi dan melindungi
kulitnya semasa dia berendam lama dalam cecair amnion. Ia juga akan memudahkan
ibu hamil ketika melahirkan bayi kelak.
Pada minggu ini, bayi lebih banyak
menelan dan ini merupakan latihan yang baik untuk sistem pencernaannya. Setelah
bayi anda menelan cecair amnion, badannya akan menyerap air yang terkandung di
dalamnya dan menyalurkan selebihnya ke dalam usus besar. Kredit: Perkembangan
Fetus: Hamil 20 Minggu
Keadaan Ibu Hamil Ketika Umur Kandungan 20 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
20 minggu, ibu hamil dinasihatkan untuk mengikuti kelas antenatal. Kelas
antenatal menyediakan maklumat ketika ibu hamil menghadapi saat kesukaran dan
kesakitan semasa kelahiran. Utamakan pengambilan zat besi yang mencukupi. Yang
mana zat besi ni terdapat dalam makanan. Jangan lupa makan pil vitamin yang
diberi oleh doktor. Untuk zat besi ni, ia juga boleh diperoleh menerusi pil
iron tablet (ferrous fumarate).
Anda telah melepasi trimester pertama mengandung. Tahniah!
Kini anda memasuki trimester kedua hamil.
Kandungan bayi masuk minggu ke 20. Memasuki trimester 2 hamil, ibu hamil dinasihati memakai baju yang lebih
longgar yang tidak menghalang pergerakan.
Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung
Ibu hamil dinasihati untuk makan lebih
banyak buah-buahan untuk mendapat tenaga. Banyakkan berehat. Tidur awal di
waktu malam agar mendapat kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.
Minum banyak air putih sekitar 8 gelas
atau lebih dalam sehari. Amalkan minum susu ketika hamil. Susu penting untuk
gigi dan tulang bayi yang sedang berkembang di dalam rahim ibu hamil.
Elakkan makan makanan yang mengandungi
manis berlebihan, elak makanan berminyak, elak makanan yang mengandungi
kemasinan yang tinggi, lebihkan pengambilan sayur-sayuran hijau dan
buah-buahan.
Gambar menunjukkan perbezaan saiz bayi di usia kehamilan 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan, 4 bulan dan 5 bulan mengandung.
Saiz bayi makin membesar di dalam rahim ketika usia kandungan masuk minggu
ke 20.
Perkembangan Bayi Dalam Kandungan (Mengandung 4 – 5 Bulan)
Tahniah jika
anda telah hamil. Jaga diri sepanjang kehamilan anda k. Merasai pengalaman
mengandung adalah anugerah istimewa buat wanita bakal bergelar ibu. Kini
anda telah memasuki trimester kedua
mengandung! Moga dipermudahkan urusan kehamilan anda.
Tenkiu info....hehe..comel je baby, kejap lg nak masuk 6 bulan..huhu
ReplyDelete