Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Hamil 15 Minggu

Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu kelima belas mengandung. Bayi kerap tersedu di dalam rahim. Pergerakannya juga aktif. Ketahui kondisi janin sepanjang mengandungkan bayi di dalam rahim kita. Ikuti perkembangan janin bayi dalam kandungan dari minggu ke minggu.

Minggu Kelima Belas Hamil (Mengandung 3 Bulan)

Hamil 15 minggu, ibu hamil yang teruja ingin mengetahui jantina bayi mereka bolehlah membuat ujian imbasan di klinik swasta. Bayi boleh di scan menerusi cara imbasan gambar 2D, 3D mahupun 4D. Bayaran scan adalah berbeza mengikut jenis scan. Ibu mengandung dinasihati untuk makan 4 vitamin pil hematinik yang penting sepanjang kehamilan antaranya pil asid folik, vitamin B kompleks, vitamin C dan pil zat besi (ferrous fumarate).

Info Kehamilan: Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Hamil 15 Minggu

Pada usia fetus (bayi) 15 minggu, pergerakan bayi di dalam rahim semakin bebas. Saiz bayi di minggu 15 kehamilan adalah berukuran 11 sm. Berat fetus pula sekitar 70 gram. Kaki bayi membesar sehingga lebih panjang daripada lengannya, kuku sudah terbentuk sempurna dan semua sendi dan anggota badan bayi boleh bergerak. Bayi kerap mengalami sedu, satu perlakuan yang dikuasai bayi sebelum bernafas. Bayi tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana trakea mereka dipenuhi air dan bukan udara.

 Perkembangan bayi dalam kandungan hamil 15 minggu, perkembangan fetus bayi ibu hamil 15 minggu, hamil minggu kelima belas mengandung, hamil mengandung 3 bulan lebih trimester kedua, tanda hamil usia 15 minggu, kondisi keadaan ibu hamil umur kandungan minggu ke 15 trimester 2, bila tarikh mengandung, gambar bayi fetus 15 minggu, vitamin ibu hamil 4 pil hematinik, asid folik, vitamin B kompleks, vitamin C, pil zat besi (ferrous fumarate)
Ketika ini, ibu hamil sudah dapat mengetahui jantina bayi menerusi ujian ultrabunyi, kerana genital luarannya sudah berkembang sehinggakan doktor sudah dapat memberitahu anda samada anak itu lelaki ataupun perempuan. Kredit: Perkembangan Fetus: Hamil 15 Minggu

Keadaan Ibu Hamil Ketika Umur Kandungan 15 Minggu

Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan 15 minggu, berat badan ibu hamil akan naik antara 2.2 kg ke 4.5 kg. Ibu hamil akan dapat merasakan pergerakan (diberi nama 'gerakan pertama') di antara minggu ke-16 hingga minggu ke-20. Perut berbunyi berderam-derum menandakan bayi sedang bergerak tunggang terbalik di dalam rahim. Hamil di minggu ke 15 adalah adalah masa yang baik untuk ibu hamil mula membuat senaman hamil.

Anda telah melepasi trimester pertama mengandung. Tahniah! Kini anda memasuki trimester kedua hamil. Kandungan bayi masuk minggu ke 15. Memasuki trimester 2 hamil, ibu hamil dinasihati memakai baju yang lebih longgar yang tidak menghalang pergerakan.

Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung

Ibu hamil dinasihati untuk makan lebih banyak buah-buahan untuk mendapat tenaga. Banyakkan berehat. Tidur awal di waktu malam agar mendapat kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.

Minum banyak air putih sekitar 8 gelas atau lebih dalam sehari. Amalkan minum susu ketika hamil. Susu penting untuk gigi dan tulang bayi yang sedang berkembang di dalam rahim ibu hamil.

Elakkan makan makanan yang mengandungi manis berlebihan, elak makanan berminyak, elak makanan yang mengandungi kemasinan yang tinggi, lebihkan pengambilan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
  
Perkembangan bayi dalam kandungan hamil 15 minggu, perkembangan fetus bayi ibu hamil 15 minggu, hamil minggu kelima belas mengandung, hamil mengandung 3 bulan lebih trimester kedua, tanda hamil usia 15 minggu, kondisi keadaan ibu hamil umur kandungan minggu ke 15 trimester 2, bila tarikh mengandung, gambar bayi fetus 15 minggu, vitamin ibu hamil 4 pil hematinik, asid folik, vitamin B kompleks, vitamin C, pil zat besi (ferrous fumarate)
Gambar menunjukkan perbezaan saiz bayi di usia kehamilan 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan dan 4 bulan mengandung. Saiz bayi makin membesar di dalam rahim ketika usia kandungan masuk minggu ke 15


Perkembangan Bayi Dalam Kandungan (Mengandung 3 Bulan)

Tahniah! Kini kandungan anda berusia 3 bulan. Jaga diri baik-baik sepanjang tempoh kehamilan anda k.

11 comments:

  1. Cx da 18w tp still tk nmpk perut. hehe kdg2 terlupa diri tgh preggy haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah usia kandungan 18 minggu masih belum nampak perut besar
      nanti dah masuk 5 bulan hamil akan nampak sedikit buncit

      Delete
  2. Alhamdulillah..sudah 15 minggu ye..baru jenguk sini..
    Saya 19 minggu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga dipermudahkan untuk akak urusan kehamilan
      moga diberi kesihatan yang baik buat kita semua

      Delete
  3. 15 weeks dah blh tau ke jantina baby?

    ReplyDelete
    Replies
    1. menurut sumber rujukan usia kandungan 15 minggu dah boleh tahu jantina, menerusi ujian ultrasound

      tapi kalau kat hospital kerajaan, usia kandungan 7 bulan baru mereka bagitahu jantina. sesetengah hospital pulak tak nak bagitau, sebab ultrasound ni tak semestinya tepat

      tapi sy hari tu tepat, ultrasound scan baby girl keluar pun baby girl jugak - scan masa 7 bulan pregnant

      Delete
  4. 15 weeks dah blh tau ke jantina baby?

    ReplyDelete
  5. saya baru 15 minggu.huhu

    ReplyDelete
  6. 4 bln sma dgn brape minggu

    ReplyDelete
  7. 15 minggu, tp perut ramping je, acana tu haha. 🤗

    ReplyDelete