Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu kelapan
belas mengandung. Kandungan sudah berusia 4 bulan lebih! Seronoknya..Pejam
celik, pejam celik nak masuk 5 bulan mengandung dah. Ketahui kondisi janin
sepanjang mengandungkan bayi di dalam rahim anda. Ikuti perkembangan janin bayi
dalam kandungan dari minggu ke minggu.
Minggu Kelapan Belas Hamil (Mengandung 4 Bulan Lebih)
Hamil 18 minggu,
ibu hamil kini memasuki usia kandungan 5 bulan. Ibu mengandung dinasihati
untuk makan 4 vitamin pil hematinik yang penting sepanjang kehamilan antaranya pil asid folik, vitamin B kompleks, vitamin
C dan pil zat besi (ferrous fumarate).
Info
Kehamilan: Perkembangan
Bayi Dalam Kandungan Hamil 18 Minggu
Pada usia fetus (bayi) 18 minggu,
bayi sudah dapat mendengar. Ia akan berasa terkejut bila terdengar bunyi bising
atau nyaring. Saiz bayi di minggu 18 kehamilan adalah berukuran 14.2sm
dan berat bayi pula sekitar 190 gram. Dada bayi bergerak turun naik seakan-akan
bernafas tetapi dia tidak menyedut udara, hanya cecair amnion.
Imbasan ultrabunyi semasa trimester
kedua menilai pertumbuhan dan perkembangan fetus, selain menapis beberapa
kecacatan kelahiran, memeriksa plasenta dan tali pusat, dan menentukan samada
jangkaan umur gestasi adalah tepat. Semasa imbasan ini, ibu hamil dapat melihat
bayi membuat pergerakan menendang, membengkok dan meluruskan badan, mencapai,
bergolek atau menghisap jari.
Jika bayi anda perempuan, faraj,
uterus dan tiub falopio sudahpun berada di tempatnya. Jika bayi tersebut adalah
lelaki, alat kelaminnya sudah jelas dan boleh dicam. Kredit: Perkembangan
Fetus: Hamil 18 Minggu
Keadaan Ibu Hamil Ketika Umur Kandungan 18 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
18 minggu, nafsu makan ibu hamil akan meningkat. Selari dengan pertambahan
berat badan ibu hamil. Malah ibu hamil mula berasa letih dengan kerap. Termasuk
mula sakit pinggang.
Anda telah melepasi trimester pertama mengandung. Tahniah!
Kini anda memasuki trimester kedua hamil.
Kandungan bayi masuk minggu ke 18. Memasuki trimester 2 hamil, ibu hamil dinasihati memakai baju yang lebih
longgar yang tidak menghalang pergerakan.
Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung
Ibu hamil dinasihati untuk makan lebih
banyak buah-buahan untuk mendapat tenaga. Banyakkan berehat. Tidur awal di
waktu malam agar mendapat kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.
Minum banyak air putih sekitar 8 gelas
atau lebih dalam sehari. Amalkan minum susu ketika hamil. Susu penting untuk
gigi dan tulang bayi yang sedang berkembang di dalam rahim ibu hamil.
Elakkan makan makanan yang mengandungi
manis berlebihan, elak makanan berminyak, elak makanan yang mengandungi
kemasinan yang tinggi, lebihkan pengambilan sayur-sayuran hijau dan
buah-buahan.
Gambar menunjukkan perbezaan saiz bayi di usia kehamilan 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan, 4 bulan dan 5 bulan mengandung.
Saiz bayi makin membesar di dalam rahim ketika usia kandungan masuk minggu
ke 18.
Perkembangan Bayi Dalam Kandungan (Mengandung 4 – 5
Bulan)
Tahniah atas kehamilan anda!
No comments:
Post a Comment