Wanita Tak Tahu Diri Hamil Lahirkan Anak Lelaki

Wanita Tak Tahu Diri Hamil Lahirkan Anak Lelaki Dalam Tandas

Kisah yang terjadi kat Scotland. Wanita yang menyangka dirinya datang bulan rupa-rupanya petanda dia bakal melahirkan anak. Apa yang menghairankan sepanjang wanita itu hamil, dia tidak pernah tahu bahawa dirinya sedang mengandung. Malah periodnya juga datang setiap bulan.

Bagi aku memang kisah yang menakjubkan. Bayangkan.. ibu hamil yang normal, akan merasa perubahan fizikal badan, payudara membesar dan sakit, pinggang menjadi lebar, terjadi alahan mengandung (morning sickness), rasa mengidam nak makan sesuatu benda tahap dewa. Tapi wanita tersebut, hidupnya macam hari kebiasaan, tiada petanda yang dirinya sedang hamil. Tup-tup keluar bayi dari rahimnya.

Nasib baik bayi yang dilahirkan dalam keadaan selamat. Sihat lagi tu. Bayi tersebut diberi nama James. Dianggarkan bayi tersebut dilahirkan pada usia kandungan ibunya menjangkau minggu 32 dan 37 kehamilan.
  
Wanita tak tahu diri hamil lahirkan anak lelaki, ibu bayi terkejut lahirkan anak dalam tandas, beranak dalam jamban, wanita datang haid mengandung lahirkan bayi, wanita Scotland tak sedar diri hamil lahirkan bayi, ubat pencegah kehamilan
Gambar bayi bernama James

Ibu bayi tersebut bernama Nikki Kelly, berusia 24 tahun. Anak bersama tunangannya iaitu Aaron Swallow. Bila tunangnya telefon dan pelik bila dengar suara bayi, tunangnya pun bertanya. Bayi siapa yang menangis tu. Lepas tu Nikki kata bayi tu anak dia sendiri. Dapat korang bayangkan, betapa terkejut beruk tunang Nikki tu tadi.


Hamil Tetapi Masih Datang Bulan

Ibu bayi tersebut bukan sahaja datang haid setiap bulan, malah dirinya mengambil ubat perancang kehamilan. Kalau orang putih, memang menjadi kebiasaan diorang akan makan ubat pencegah kehamilan. Seks adalah sesuatu yang biasa bagi mereka, walaupun belum berkahwin. Nikki juga aktif dalam bersenam. Hmmm..nak cakap apa erk? Tahniah dapat anak lelaki. Hihihi…

2 comments:

  1. Bunting pelanduk kan? Pregnant tp dtg bulan. Fuhh. Bhya2 .pil perancang tu.. nsb anak sempurna sifat lahirnya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la dapat baby free bila datang bulan
      ingatkan sakit nak datang haid rupanya tanda nak beranak
      tapi kan perut dia tak besar ke?
      hamil magik ni

      Delete