Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu kedua
puluh tujuh mengandung. Kandungan ibu hamil telah pun menjangkau usia 6
bulan. Ketahui kondisi janin sepanjang mengandungkan bayi di dalam
rahim anda. Ikuti perkembangan bayi dalam kandungan dari minggu ke
minggu.
Minggu Kedua Puluh Tujuh Hamil (Mengandung 6 Bulan)
Hamil 27 minggu,
ibu hamil kini memasuki usia
kandungan 6 bulan. Ibu mengandung
dinasihati untuk makan 4 vitamin pil hematinik yang penting sepanjang kehamilan
antaranya pil asid folik, vitamin B
kompleks, vitamin C dan pil zat besi (ferrous fumarate).
Info Kehamilan: Perkembangan JANIN Bayi Dalam Kandungan Hamil 27 Minggu
Pada usia fetus (bayi) 27 minggu,
bayi sudah pandai tidur di dalam rahim. Saiz bayi di minggu 27 kehamilan
adalah 36.6sm dari kepala ke jari kaki dengan berat 875 gram. Mata bayi
berlatih membuka dan menutup. Bayi tidur dan berjaga mengikut jarak masa yang
teratur dan mungkin menghisap jari dan ibu jarinya. Bayi juga mengalami sedu. Ini
akan menyebabkan bayi bergerak aktif di dalam perut akibat sedu. Ia adalah
situasi normal sepanjang tempoh kehamilan. Kredit: Perkembangan
Fetus: Hamil 27 Minggu
Keadaan Ibu Hamil Ketika Umur Kandungan 27 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
27 minggu, perut ibu mengandung
akan menjadi besar. Perkara ini akan menyebabkan wanita mengandung rasa sukar bernafas, kerap lelah. Bermula kehamilan
minggu ke 27, ibu hamil mungkin
mengalami kejang betis, buasir, urat simpul dan gatal-gatal pada perut.
Anda telah melepasi trimester pertama mengandung. Tahniah!
Kini anda memasuki trimester kedua hamil.
Kandungan bayi masuk minggu ke 27. Memasuki trimester 2 hamil, ibu hamil dinasihati memakai baju yang lebih
longgar yang tidak menghalang pergerakan.
Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung
Jangan mengangkat benda terlampau
berat. Banyakkan berehat. Tidur awal di waktu malam agar mendapat kesihatan
yang baik sepanjang kehamilan.
Minum banyak air putih sekitar 8 gelas
atau lebih dalam sehari. Amalkan minum susu ketika hamil. Susu penting untuk
gigi dan tulang bayi yang sedang berkembang di dalam rahim ibu hamil.
Jaga pemakanan sepanjang tempoh hamil.
Jangan makan benda manis berlebihan, kawal diet pemakanan. Perbanyakkan makan
sayuran dan buah-buahan.
Gambar menunjukkan perbezaan saiz bayi di usia kehamilan 1 bulan, 6 bulan sehingga masuk 9 bulan mengandung. Saiz
bayi makin membesar di dalam rahim ketika usia
kandungan masuk minggu ke 27.
Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan (Mengandung 6 Bulan)
Bersedia untuk memasuki fasa terakhir
kehamilan di trimester ketiga.
No comments:
Post a Comment