Video Viral Ibu Hampir Pijak Kepala Bayi

Video Viral Aksi Ibu Hampir Pijak Kepala Bayi

Lagi kes pergaduhan suami isteri hingga melibatkan anak mereka yang masih kecil. Sebuah video yang memperlihatkan aksi si ibu dalam keadaan marah berpura-pura memijak kepala anaknya. Bayi tersebut berusia 18 bulan.

Video viral aksi ibu hampir pijak kepala bayi dirakam, pergaduhan suami isteri anak jadi mangsa, gambar ibu seolah pijak kepala bayi, bayi hampir jadi kes dera, kesan curang pada pasangan, bahaya curang dalam hubungan suami isteri, bayi dipijak di atas tanah, kesan dan akibat marah tanpa kawalan
Gambar bayi dalam video viral tersebut, bayi menggunakan baju berwarna merah dibaringkan di atas tanah. Si ibu dalam keadaan berang berpura-pura memijak kepala bayi tersebut.  

Haish, seram sejuk je tengok gambar ni. Nampak jelas betapa si ibu tu tengah marah. Sampaikan anak dijadikan tempat melepaskan marah. Apalah salah anak yang kecil tu. Padahal yang bergaduh tu dirinya dan suaminya. Tak ada kena mengena dengan bayi tersebut.

Punca Si Ibu Hampir Pijak Kepala Anaknya Yang Masih Bayi

Aksi ibu yang berpura-pura memijak kepala anaknya itu dirakam oleh suaminya sendiri. Punca pergaduhan terjadi bila si suami terlihat mesej daripada lelaki lain di telefon pintar isterinya. Lalu tercetusnya pertelingkahan.

Ketika pasangan suami isteri tersebut sedang bertengkar, ada saksi lain yang melihat kejadian tersebut. Saksi terkejut bila melihat si isteri itu seolah-olah mahu memijak kepala bayi. Selepas bertengkar, kedua-dua pasangan tersebut kemudian melarikan diri ke arah yang berlainan dan membiarkan bayi mereka sendirian di atas tanah.


Bayi Dalam Keadaan Selamat

Bayi malang itu dihantar ke hospital untuk pemeriksaan doktor dan laporan mendapati tiada kecederaan padanya. Nasib baik tiada apa-apa yang berlaku. Bergaduh sampai nak libatkan anak. Boleh jadi kes dera bayi nanti. Bawa-bawalah bersabar dan kawal diri ketika marah. Pengajaran untuk kita semua. Dalam hubungan, harus ada sikap toleransi, saling mempercayai dan setia antara satu sama lain. Jika ada masalah, berbincanglah dengan elok.

No comments:

Post a Comment