Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu ketujuh
mengandung. Embrio mula bergerak aktif di dalam rahim. Teruja nak tahu kondisi
janin sepanjang mengandungkan bayi di dalam rahim kita? Ikuti perkembangan
bayi dalam kandungan dari minggu ke minggu.
Minggu Ketujuh Hamil
Hamil 7 minggu,
anda ragu-ragu bila tak datang haid melebihi sebulan? Semak kehamilan anda
segera! Beli alat ujian mengesan
kehamilan iaitu UPT (Urine Pregnancy
Test).
Cara baca alat ujian mengandung UPT (Urine Pregnancy Test):
Ada 1 line UPT sahaja maksudnya tidak
hamil
Ada 2 line UPT, 2 jalur merah bermaksud
anda telah hamil!
Info
Kehamilan: Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Usia 7 Minggu
Pada usia janin (bayi) 7 minggu,
embrio mempunyai jari tangan dan
jari kaki yang jelas, namun berselaput. Ia seakan-akan biji kacang yang
melompat-lompat, memecut dan berhenti, kemudian memecut semula. Hati bayi terus
mengeluarkan jumlah sel darah merah yang banyak sementara menunggu sumsum
mengambil alih peranan ini. Saiz bayi ketika usia kehamilan 7 minggu
adalah sebesar biji kacang kuda. Kredit: Perkembangan
Fetus Hamil: 7 Minggu
Keadaan Ibu Hamil Ketika Umur Kandungan 7 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
7 minggu, ibu hamil akan mengalami mabuk hamil yang diakibatkan oleh hormon
kehamilan dalam badan. Ibu hamil akan selalu membuang air kecil lebih kerap
daripada biasa. Ini disebabkan oleh uterus ibu hamil yang berkembang menekan
pundi kencing.
Bermulanya proses persenyawaan di minggu 1 kehamilan, masuk minggu 7 mengandung hingga minggu ke 9 (tempoh kehamilan trimister 1)
Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung
Keadaan ibu hamil yang kerap muntah
akibat morning sickness akan menyebabkan mereka rasa lemah dan tidak bertenaga.
Ibu hamil dinasihati untuk makan lebih banyak buah-buahan untuk mendapat tenaga.
Banyakkan berehat. Tidur awal di waktu malam agar mendapat kesihatan yang baik
sepanjang kehamilan.
Jika berasa hendak kencing, jangan
ditahan-tahan. Kencing dengan segera. Walaupun anda alami kekerapan kencing
yang tinggi. Ianya adalah situasi yang normal bagi ibu hamil. Minum lebih
banyak air putih, air jus buah-buahan dengan kadar manis yang rendah.
Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan (Mengandung 1 Bulan)
Kini usia
kandungan anda mencecah 1 bulan. Embrio yang comel kini terletak sempurna dalam
rahim anda.
No comments:
Post a Comment