Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu keenam
mengandung. Embrio mula membentuk anggota tubuh badan menyerupai bayi.
Teruja nak tahu kondisi janin sepanjang mengandungkan bayi di dalam rahim
kita? Ikuti perkembangan bayi dalam kandungan dari minggu ke minggu.
Minggu Keenam Hamil
Hamil 6 minggu,
jika anda dah beli alat ujian kehamilan (UPT) pastinya anda dah tahu
keputusannya. Hasil ujian kehamilan
POSITIF? Tahniah, anda bakal bergelar ibu manakala suami anda bakal
bergelar ayah. Seronoknya! Anugerah cahaya mata tak ternilai! Anak adalah
penyeri dalam rumah tangga.
Gambar alat untuk mengesan kehamilan: UPT
(Urine Pregnancy Test)
Harga UPT (Urine Pregnancy Test): RM15.00
Lokasi dan tempat membeli UPT (Urine
Pregnancy Test): Watson, Guardian, Farmasi dan pasaraya
Info
Kehamilan: Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Usia 6 Minggu
Pada usia janin (bayi) 6 minggu,
raut wajah embrio sedang membentuk. Meliputi bahagian mata, lubang hidung,
lubang telinga, tangan dan kaki juga terbentuk kecil. Jantung bayi berdenyut dengan
kiraan 150 denyutan selama seminit. Kadar degupan jantung bayi usia 6 minggu, 2
kali lebih banyak daripada kadar degupan ibu hamil.
Embrio juga sudah mula membuat
pergerakan-pergerakan pertamanya. Namun, ketika ini ibu hamil belum dapat
merasai pergerakan bayi. Saiz bayi ketika usia kehamilan 6 minggu adalah
berukuran 2 cm hingga 4 cm. Kredit: Perkembangan
Fetus Hamil: 6 Minggu
Keadaan Ibu Hamil Ketika Umur Kandungan 6 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
6 minggu, ibu hamil akan sering ke tandas untuk membuang air kecil. Ini berpunca
kerana uterus atau rahim yang sedang membesar untuk menyesuaikan keadaan bayi
di dalam perut.
Bermulanya proses persenyawaan di minggu 1 kehamilan, embrio di minggu 6, hingga minggu ke-9
Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung
Jika anda masih dalam usia kandungan
sekitar 1 bulan lebih, anda dinasihati untuk menjaga kesihatan diri.
Jangan terlalu aktif sama ada bersukan, membuat kerja rumah. Malah pengambilan
makanan juga perlu berhati-hati. Risiko
keguguran untuk trimester pertama
iaitu usia kandungan bawah 3 bulan
adalah tinggi.
Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan (Mengandung 1 Bulan)
Kini usia
kandungan anda mencecah 1 bulan. Embrio yang comel kini terletak sempurna dalam
rahim anda.
No comments:
Post a Comment