Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu keenam belas
mengandung. Ini menandakan anda telah hamil untuk tempoh 4 bulan!
Tahniah! Moga bayi anda membesar dengan sihat. Ketahui kondisi janin
sepanjang mengandungkan bayi di dalam rahim anda. Ikuti perkembangan janin bayi
dalam kandungan dari minggu ke minggu.
Minggu Keenam Belas Hamil (Mengandung 3 Bulan)
Hamil 16 minggu,
ibu hamil kini memasuki usia kandungan 3 bulan. Ibu mengandung
dinasihati untuk makan 4 vitamin pil hematinik yang penting sepanjang kehamilan
antaranya pil asid folik, vitamin B
kompleks, vitamin C dan pil zat besi (ferrous fumarate).
Info
Kehamilan: Perkembangan
Bayi Dalam Kandungan Hamil 16 Minggu
Pada usia fetus (bayi) 16 minggu,
bayi boleh merasai (sensistif) pada cahaya terang. Saiz bayi di minggu 16
kehamilan adalah sebesar sebiji avocado. Panjang bayi adalah 11.6sm dan
berat sekitar 100 gram. Bayi sudah pandai bermain tali pusatnya sendiri. Sistem
peredaran dan salur kencing bayi sudah berfungsi sepenuhnya, malah sudah boleh
menyedut masuk dan mengeluarkan cecair amnion melalui paru-parunya. Kredit: Perkembangan
Fetus: Hamil 16 Minggu
Keadaan Ibu Hamil Ketika Umur Kandungan 16 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
16 minggu, jika ibu hamil bergerak secara serta-merta, ibu hamil akan
terasa sakit sedikit pada bahagian sisi perut. Ligamen-ligamen di kedua belah
uterus ibu hamil dan dinding pelvis sedang meregang ketika bayi sedang
membesar. Malah mungkin ibu hamil akan sering rasa sakit kepala akibat
pertambahan darah dan akibat stress.
Anda telah melepasi trimester pertama mengandung. Tahniah!
Kini anda memasuki trimester kedua hamil.
Kandungan bayi masuk minggu ke 16. Memasuki trimester 2 hamil, ibu hamil dinasihati memakai baju yang lebih
longgar yang tidak menghalang pergerakan.
Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung
Ibu hamil dinasihati untuk makan lebih
banyak buah-buahan untuk mendapat tenaga. Banyakkan berehat. Tidur awal di
waktu malam agar mendapat kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.
Minum banyak air putih sekitar 8 gelas
atau lebih dalam sehari. Amalkan minum susu ketika hamil. Susu penting untuk
gigi dan tulang bayi yang sedang berkembang di dalam rahim ibu hamil.
Elakkan makan makanan yang mengandungi
manis berlebihan, elak makanan berminyak, elak makanan yang mengandungi
kemasinan yang tinggi, lebihkan pengambilan sayur-sayuran hijau dan
buah-buahan.
Gambar menunjukkan perbezaan saiz bayi di usia kehamilan 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan dan 4 bulan mengandung. Saiz
bayi makin membesar di dalam rahim ketika usia
kandungan masuk minggu ke 16 (4
bulan mengandung).
Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan (Mengandung 3 Bulan)
Tahniah! Kini kandungan anda berusia 3
bulan. Jaga diri baik-baik sepanjang tempoh kehamilan anda k.
woww .. perkongsian yg sangat menarik.
ReplyDeletetips ibu hamil