Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Hamil 11 Minggu

Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu kesebelas mengandung. Bayi sudah aktif menendang dalam pergerakan yang amat perlahan. Ketahui kondisi janin sepanjang mengandungkan bayi di dalam rahim kita? Ikuti perkembangan bayi dalam kandungan dari minggu ke minggu.

Perkembangan bayi dalam kandungan hamil 11 minggu, perkembangan fetus bayi ibu hamil 11 minggu, hamil minggu kesepuluh mengandung, tanda hamil usia 11 minggu, kondisi keadaan ibu hamil umur kandungan minggu ke 11, bila tarikh mengandung, gambar bayi fetus 11 minggu, tips menjaga kehamilan ibu mengandung, scan bayi imbasan ultrabunyi, ultrasound (USG)
Vitamin yang ibu hamil kena makan sepanjang tempoh kehamilan

Minggu Kesebelas Hamil

Hamil 11 minggu, bayi semakin aktif di dalam rahim. Pembentukan bayi juga semakin sempurna. Ibu mengandung dinasihati untuk makan 4 pil yang penting sepanjang kehamilan antaranya pil asid folik, vitamin B, vitamin C dan pil iron tablet.

Perkembangan bayi dalam kandungan hamil 11 minggu, perkembangan fetus bayi ibu hamil 11 minggu, hamil minggu kesepuluh mengandung, tanda hamil usia 11 minggu, kondisi keadaan ibu hamil umur kandungan minggu ke 11, bila tarikh mengandung, gambar bayi fetus 11 minggu, tips menjaga kehamilan ibu mengandung, scan bayi imbasan ultrabunyi, ultrasound (USG)

Info Kehamilan: Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Hamil 11 Minggu

Pada usia fetus (bayi) 11 minggu, bayi berukuran 4sm. Terbentuk kudup gigi dan kuku jari kaki bayi. Minggu 11 kehamilan, bayi bergiat aktif di dalam rahim. Ia sudah mulai menendang dan membuat regangan. Pergerakannya amat perlahan. Jari-jari tangan dan kaki bayi sudah terpisah sepenuhnya. Kredit: Perkembangan Fetus: Hamil 11 Minggu

Keadaan Ibu Hamil Ketika Umur Kandungan 11 Minggu

Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan 11 minggu, satu garisan pigmen gelap yang menegak yang dipanggil linea nigra mungkin akan muncul di abdomen ibu hamil. Uterus ibu hamil mula naik dan melepasi tulang pelvis. Doktor sudah boleh merasa kehadiran bayi semasa melakukan pemeriksaan luaran ke atas ibu hamil. Risiko keguguran pada peringkat kehamilan minggu ke 11 semakin rendah. Malah ibu hamil yang mengalami alahan mengandung (morning sickness) yang teruk sebelum ni, makin berkurangan. Selera makan ibu hamil bertambah baik.

Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung

Ibu hamil dinasihati untuk makan lebih banyak buah-buahan untuk mendapat tenaga. Banyakkan berehat. Tidur awal di waktu malam agar mendapat kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.

Minum banyak air putih sekitar 8 gelas atau lebih dalam sehari.  Amalkan minum susu ketika hamil. Susu penting untuk gigi dan tulang bayi yang sedang berkembang di dalam rahim ibu hamil.

Elakkan makan makanan yang mengandungi manis berlebihan, elak makanan berminyak, elak makanan yang mengandungi kemasinan yang tinggi, lebihkan pengambilan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.


Perkembangan Bayi Dalam Kandungan (Mengandung 2 Bulan)

Tahniah jika anda telah hamil. Jaga diri sepanjang kehamilan anda k. Merasai pengalaman mengandung adalah anugerah istimewa buat wanita bakal bergelar ibu.

5 comments:

  1. sekejp je kan masa berlalu..dah masuk minggu ke 11..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak bila menghitung hari tak sangka kehamilan dah lebih dari minggu ke 11
      alhamdulillah..rezeki zuriat dariNya
      moga kandungan kita sihat walafiat

      Delete
    2. samalah saya. tak sangka skrg dh minguu ke 11.

      Delete
  2. sy baru 10minggu.. pahit kat mulut x hilang lagi.. pening.. mual.. 😭 afa x mommy yg mcm sy..

    ReplyDelete
  3. Saya pun bru masuk minggu ke 11. Alhamdulillah kadang2 macam tak pecaya diri ni mengandung..sbb sy dah berusia jgk 😅tambahan dulu penah misscarried once so traumatize jgk. Doakan kandungan sy dan diri sy shat dan selamat semuanya ya.. utk semua mommies to be yg ada dsini jg..insha Allah AAMINNN..

    ReplyDelete