Sinopsis Filem Sunk Into
The Womb
| Review Movie Sunk Into The Womb | Kisah Benar Sunk Into The Womb | Sunk Into The Womb mengisahkan kehidupan tragis 2 beradik yang ditinggalkan di
rumah mereka tanpa makanan dan minuman. Mereka ditinggalkan terbiar
berhari-hari lamanya di apartmen mereka sendiri tanpa dijenguk oleh sesiapa,
sehinggakan si adik mati kelaparan, si kakak pula memakan plastesin akibat
kelaparan.
Tonton online filem Sunk Into The Womb |
Filem Sunk Into The Womb
merupakan kisah benar dari Jepun. Kes ini pernah terjadi pada tahun 2010. Filem ini
difilemkan pada tahun 2013, sehingga 2016 Sunk Into The Womb semakin viral di
Malaysia. sesiapa yang pernah menonton filem Sunk Into The Womb ni pasti akan
teringat-ingat hingga dibawa ke mimpi. Melihat filem ni, akan membuatkan kita
memeluk anak kita sekuat hati. sangat touching jalan cerita filem ni.
Segalanya bermula bila si ibu ditinggalkan suami. Suaminya telah
curang padanya, suatu hari si suami balik ke rumah dan memberitahu dia ingin
berpisah. Meninggalkan si isteri tersebut dan 2 anaknya yang bernama Sora dan
Sachi. Bagaikan suatu tamparan hebat, si ibu mengalami tekanan perasaan.
Si ibu mula bekerja sebagai pelayan bar. Sejak bekerja anak-anaknya
agak terabai. Sehinggalah suatu hari, dia tidak menjenguk anaknya untuk tempoh
yang lama. Dalam tempoh tersebut, anak-anaknya kelaparan di rumah, cuba untuk
makan apa sahaja yang ditemuinya di dalam rumah. Part ni sangat-sangat sedih.
Si adik yang kecil hanya bergantung pada kakaknya Sachi untuk
mendapatkan makanan dan minuman. Bayangkan korang budak yang berusia 3 tahun tu
cuba untuk survive dirinya dan juga untuk adiknya. Sora menangis-nangis minta
susu. Sachi pergi ke dapur nak buat susu, tapi tertumpah susu kat lantai. Dia kutip
susu tu, buat air untuk adiknya cepat-cepat.
Sachi yang kelaparan time tu buka peti ais sambar tin nak buka tin tu
dengan pisau. Bermacam cara nak buka tapi gagal. Akhirnya Sachi habiskan sisa
air susu adiknya. Kemudian dia masih lagi lapar. Tercari-cari dalam kabinet apa
yang boleh dimakan.
Cari dalam plastic besar, kunyah apa yang dapat kenyangkan perutnya,
namun hampa. Berulang-ulang Sachi buka peti ais dan cabinet dapur cari makanan.
Adiknya yang sering nangis suatu hari tak bergerak. Sachi cuba kejutkan adiknya
namun tak ada respon. Ketika itu, adiknya telah mati.
Akibat tak tahan kelaparan, Sachi memakan plastesin. Sedihnya la part
ni. suatu hari, mak Sachi dah balik. Sachi sangat-sangat gembira. Sachi bagitau
kat mak dia, Sora tak bergerak. Masa mak dia pergi kat Sora, dia kutip ulat
yang ada kat muka Sora. Kemudian balut dengan slotep. Time ni aku rasa mak dia
macam tak betul. Sachi asyik tanya kat mak dia, kenapa dengan Sora. Tapi mak
dia diamkan dirinya je.
Kemudian mak dia penuhkan tab mandi. Dia buka baju Sachi. Kat hujung
filem ni, aku tercari- cari kelibat mana Sachi. Rupanya Sachi dah mati. Mungkin
mak dia lemaskan dalam tab mandi. Kesiannya la. Dari Sachi yang kelaparan tak
makan, penghujungnya dia dibunuh oleh maknya sendiri. Sangat-sangat
menghibakan.
Sunk Into The Womb
Adaptasi Kisah Benar Di Jepun
Berita: OSAKA —A 25-year-old mother whose two young children starved to death
surrounded by rubbish after she locked them in her apartment has been sentenced
to 30 years in jail. Single mother Sanae Nakamura regularly left her daughter,
3, and one-year-old son, in the apartment in western Osaka while she spent the
night at her boyfriend’s house, reports said.
She had begin leaving them alone in March 2010, the Asahi Shimbun
said, adding that sometime in early June that year she stopped coming home. But
when she did eventually return later that month the two tots were dead, the
paper said.
Nakamura was convicted of murder by Japan’s lower courts and sentenced
to 30 years at earlier hearings, which found she had known that leaving the
children without sufficient food would kill them. The country’s supreme court
on Monday upheld the sentence, the Asahi and Kyodo News reported on
Wednesday.-Sumber Japantoday
Komen Selepas Tonton Sunk Into The Womb |
- jalan ceritanya amat-amat sedih
- takut nak tengok Sunk Into The Womb? Aku sarankan jangan dengar cakap
orang, yang kata filem ni baik tak payah tengok, takut terkenang-kenang. Saranan
aku baik tengok sendiri dari dengar komen orang. Aku..lebih rela tengok filem
sedih-sedih macam ni dari tengok filem seram. Banyak pengajaran.
- tonton filem ni buat kita rasa semakin sayangkan anak. Sentiasa
membuatkan kita berfikir tiap kali nak tinggalkan anak di rumah.
- filem ni menunjukkan betapa pentingnya peranan seorang ibu dan ayah.
- filem ni jugak membuka minda kita, walau seberat mana sekalipun
ujian hidup, kena harunginya dengan tabah. Jangan akibat kita yang terlalu
melayani perasaan kita, menyebabkan nyawa orang yang kita sayangi tergadai begitu
sahaja.
- filem ni sangat-sangat slow, memerlukan kesabaran nak tengok, tapi
bila dah fokus air mata mengalir macam air sungai, hati rasa sebak
Tonton Filem Sunk Into
The Womb
Kat mana nak tonton filem Sunk Into The Womb? Sebelum ni, movie Sunk
Into The Womb pernah disiarkan di Astro Citra. Tapi aku tak sempat nak tengok,
tak tahu pun. Memandangkan ramai yang komen kata movie Sunk Into The Womb ni
best. Aku teringin sangat nak tengok. Akhirnya tercapai impian aku. Bila mana
aku tonton kat You Tube, siap ada subtitle bahasa Melayu, mudah nak faham.
Argh sedih..sedih.. sedih. Filem ni lagi best dari tengok Train To
Busan. Kesian kat Sora dan Sachi.. Kalau rasa tergoda dengan sinopsis filem Sunk Into The Womb ni,
haa pi la tengok..tonton online.
wah..macam menarik..tq sharing..nak try tengok la nanti bila berkelapangan..
ReplyDeletetonton online lebih senang..filem antara yang best untuk ditonton
Deletefilem tok nang slow..nunggunya bergerak sia sitok perlahan ada jak..dlm hati madah sabar jak la nangga cerita slow kedak tok..tp kat ujung ya..sedihnyaaaaa...
ReplyDeleteMemang best.. tgk cite ni terus peluk anak.. smpai nya hati seorang ibu meninggalkan anak2 yg kelaparan..selfish.. menitik air mata tgk cite ni
ReplyDeletekan...sampainya hati..
Deletesi sachi tu terselamat dari mati kelaparan tapi malangnya dia mati dibunuh maknya sendiri..
Dah baca sinopsis ni... Kena cari kekuatan dalam untuk tgk.. fuhh... Kena ajak suami la ni utk tgk nih...
ReplyDeletefilem ni agak slow, mungkin kat awal tu rasa boring sikit..tp bagus untuk ditonton golongan ibu bapa..byk pengajaran dlm filem ni
DeleteAWAS!! anda di tag dalam blog saya... miaaahahahaha
ReplyDeletehttp://ceritasiennor.blogspot.my/2016/11/movie-sunk-into-womb.html
Ya, memang si ibu tu bersalah kerana membiarkan anak2nya bersendirian di rumah. Tapi, mana pergi tanggungjawab si ayah? Drama ini seolah-olah menyalahkan si ibu sahaja.
ReplyDeleteAnak dihasilkan oleh dua manusia yang bergelar ayah dan ibu.
secara realitinya..byk kes macam ni. si ayah dah tak pedulikan keluarga, si ayah x muncul lagi dlm kehidupan keluarga asalnya, si ayah x memberi nafkah, mengabaikan bekas isteri dan anak2..memang kita semua geram kat si ayah tu jugak, macam lepas tangan..yg nyatanya si mak tu yg menjadi punca kematian anaknya.
DeleteInilah penting untuk kenal jiran kita.. kena kenal siapa jiran kita sebenarnya.. kalau jiran dia kenal mesti jiran dia pelik dan ambil tau pasal budak2 ni...sedih betul cerita ni :(
ReplyDeletebetul! jiran jugak memainkan peranan penting. sedih kan..budak tu mati terkurung dlm rumah, mati kelaparan..
DeleteBaca sinopsis je dah sedih. Tk mampu kot nk tgk.. tk smpai ati
ReplyDeletekmk dah lamak tauk pasal cita tok.. tpi sampey nek tok lom brani nak nga.. nyuruh kmk sikpat nak nga cita tok sebabnya diadaptasi dari cita bena, mun cita tok dipolah jak tek boleh lah nga.. tpi kmk bayangkan situasi sebena.. sadis2...
ReplyDelete