Sinopsis Akin Pa Rin Ang Bukas TV3

Sinopsis Drama Telenovela Filipina Akin Pa Rin Ang Bukas TV3 | Review Drama Philippine: Akin Pa Rin Ang Bukas (Perfect Vengeance) | Akin Pa Rin Ang Bukas mengisahkan seorang wanita bernama Lovelia Villacorta yang cuba menuntut bela dan membalas dendam akan mereka yang membuat kejahatan terhadap dirinya.

Sinopsis drama telenovela Filipina Akin Pa Rin Ang Bukas TV3, pelakon dan gambar drama Akin Pa Rin Ang Bukas TV3, Akin Pa Rin Ang Bukas episod akhir – episod 79, Review Drama Philippine: Akin Pa Rin Ang Bukas (Perfect Vengeance)
Tonton lakonan Lovi Poe sebagai Lovelia Villacorta dalam telenovela TV3: Akin Pa Rin Ang Bukas

Lovelia Villacorta sebelum ini pernah ditipu oleh orang yang dicintainya iaitu Jerry. Jerry telah berlaku curang kepada Lovelia Villacorta dan menjalinkan hubungan cinta dengan Agatha, seorang wanita yang berhati busuk. Jerry dan Agatha merencana ingin merampas harta Lovelia Villacorta.

Siapa Lovelia Villacorta? Bukankah ibunya seorang pembantu rumah? Bagaimana Lovelia Villacorta mempunyai harta? Segalanya bermula bila mana ibu Lovelia Villacorta iaitu Emma mempunyai hubungan dengan anak majikannya iaitu Roel. Suatu hari, Emma telah disahkan mengandung.

Berita orang gaji mengandungkan bayi kepada anaknya Roel, membuatkan Beatrice tidak senang duduk. Dia mahu mengusir Emma dari rumahnya itu. Beatrice memecat Emma dan menghalau Emma dari rumahnya. Emma merayu agar Roel bertanggungjawab demi anak mereka. Beatrice memberikan Emma sebuah rantai dan memberi amaran agar tidak kembali ke rumahnya itu. Emma yang begitu bersedih terpaksa pergi. Tambahan lagi, Roel yang begitu dayus hanya menuruti keinginan emaknya.

Emma telah ditangkap oleh pihak polis atas tuduhan mencuri rantai milik Beatrice, padahal ia adalah rancangan jahat Beatrice agar Emma masuk perangkapnya. Masa semakin berlalu, akhirnya lahirlah bayi comel Emma bernama Lovelia Villacorta. Memandangkan Lovelia Villacorta mempunyai penyakit jantung, Emma terpaksa menyerahkan Lovelia Villacorta kepada keluarga ayah Lovelia Villacorta.

Dari awal Lovelia Villacorta tinggal bersama mereka, nenek Lovelia iaitu Beatrice tidak pernah menyukainya. Ada sahaja kesalahan Lovelia dimatanya. Sehinggalah Lovelia meningkat dewasa dan bekerja di syarikat Empress Jewels. Ketika itu Lovelia jatuh hati pada Jerry namun Jerry hanya mempermainkan cintanya, sehinggalah dia kehilangan bayi dalam kandungannya. Sejak itu, Lovelia menaruh dendam akan menghancurkan Jerry dan Agatha.

Conrad Alperos membantu Lovelia dalam merealisasikan rancangannya. Apakah plan Lovelia dalam membalas dendam terhadap lelaki yang telah membuat hidupnya sengsara? Saksikan segalanya dalam drama Akin Pa Rin Ang Bukas di kaca tv anda.

Pelakon Drama Akin Pa Rin Ang Bukas TV3
Lovi Poe - Lovelia Villacorta
Cesar Montano – Atty. Conrad Alperos
Rocco Nacino - Jerry Sandoval
Solenn Heussaff - Jade Carmelo
Charee Pineda - Agatha Morales
Gloria Romero - Doña Cristina Alperos
Liza Lorena - Señora Beatrice Villacorta
Gary Estrada - Roel Villacorta

Sinopsis drama telenovela Filipina Akin Pa Rin Ang Bukas TV3, pelakon dan gambar drama Akin Pa Rin Ang Bukas TV3, Akin Pa Rin Ang Bukas episod akhir – episod 79, Review Drama Philippine: Akin Pa Rin Ang Bukas (Perfect Vengeance)
Gambar Akin Pa Rin Ang Bukas TV3
Tonton drama Akin Pa Rin Ang Bukas
Jumlah episod Akin Pa Rin Ang Bukas: 79
Akin Pa Rin Ang Bukas episod akhir – episod 79
Hari: Isnin - Khamis
Jam: 3.00 petang
Saluran: TV3

No comments:

Post a Comment