Tema & Persoalan Novel Pantai Kasih

Apa Tema Dan Persoalan Novel Pantai Kasih | Tema novel Pantai Kasih mengisahkan ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya. Pantai Kasih merupakan novel tingkatan 4. Sinopsis keseluruhan novel Pantai Kasih baca: SINOPSIS NOVEL PANTAI KASIH BAB 1 - 9

tema novel pantai kasih, persoalan novel pantai kasih, gambar novel pantai kasih, sinopsis novel pantai kasih bab 1 – 9
Apa tema novel Pantai Kasih

5 Tema Novel Pantai Kasih
1. Tabah menghadapi kematian anak peremuannya
Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya. Anaknya mati dalam insiden kebakaran. Walau dia begitu menyayangi anaknya, namun dia redha dan cekal hati berdepan ujian hidup.

2. Tabah menghadapi kegagalan rumah tangganya
Perkahwinan Raiha dan suaminya Doktor Sadiz berantakan. Suaminya membiarkan Raiha bergantung tanpa tali, dicerai tidak, hidup bersama pun tidak. Suaminya ingin menyeksa jiwa bati Raiha. Rumah tangganya berakhir dengan kegagalan. 

3. Tabah menghadapi tentangan ayahnya untuk menjadi pakar bedah
Cita-cita Raiha untuk menjadi doktor bedah telah mendapat tentangan hebat dari ayahnya. Ayahnya melarang Raiha menjadi pakar bedah. Namun niat itu diteruskan oleh Raiha. Berkat kesabaran, kerajian dan usaha bersungguh-sungguh, Raiha berjaya menjadi doktor bedah.

4. Tabah menerima tugas membedah
Ujian paling berat ketika Raiha membuat pembedahan ialah bila berdepan dengan Unong Siron. Telah banyak kali beliau melakukan pembedahan itu. Walaupun hatinya keberatan, dia bertekad ingin memulihkan dan menghentikan penderitaan Unong Siron. Kredit: Novel Pantai Kasih

5. Tabah menerima berita punca kematian anaknya
Raiha mempunyai hati yang cekal dan tabah, sekalipun telah mengetahui punca sebenar akan kematian anaknya daripada Sister Felicia. Bagi Raiha, mereka adalah mangsa keadaan.

tema novel pantai kasih, persoalan novel pantai kasih, gambar novel pantai kasih, sinopsis novel pantai kasih bab 1 – 9
Apa persoalan novel Pantai Kasih

8 Persoalan Novel Pantai Kasih
1. Persoalan tentang kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat
Sikap lebih mementingkan keuntungan syarikat digambarkan melalui watak Doktor Uwang yang tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong asalkan berkemampuan mendapatkan rawatan. Doktor Uwang juga sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya duduk di sekolah berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak menggangu rutin dan statusnya. Apatah lagi anak itu adalah hasil keterlanjurannya sedangkan dia memang tidak menginginkan anak apabila berumah tangga.

2. Persoalan tentang tanggungjawab seorang suami dan sikap suka berfoya-foya
 Sikap Doktor Uwang yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga menggambarkan bahawa dia seorang yang suka bebas dan tidak mahu dikongkong. Walaupun sudah berumah tangga tetapi beliau tetap mengunjungi kelab-kelab malam dan minum arak bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya berakhir ke ranjang. Namun sikapnya yang memastikan kebersihan setiap ‘isteri tidak sah’ menjadikan dia seorang yang pemilih.

3. Persoalan tentang tanggungjawab melaksanakan tugasan di tempat kerja
Raiha bersetuju untuk melakukan pembedahan ke atas Unong walaupun dia berasa bahawa Doktor Uwanglah yang selayaknya melakukan pembedahan tersebut. Raiha juga berasa bahawa menjadi tanggungjawabnya melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan merempuh tempoh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia terpanggil untuk melakukannya demi menyelamatkan nyawa doktor tersebut.

4. Persoalan tentang sikap berani mengaku kesalahan
 Felecia mengaku kesalahannya walaupun pada peringkat awal Felecia berasa sangat marah dengan emak Unong yang menuduhnya bersubahat menipu namun akhirnya Felecia mengakui kesalahannya itu dihadapan Raiha. Felicia juga mengakui bahawa dia tahu kejadian sebenar peristiwa yang meragut nyawa anak peremuan Raiha. Dia meminta maaf kerana merahsiakannya kerana takut.

5. Persoalan tentang redha dengan takdir hidup
 Walaupun Raiha sudah mengetahui punca kematian anaknya disebabkan sikap amarah bekas suaminya Doktor Sadiz yang membakar kereta Porsche tanpa menyedari kehadiran anaknya di situ namun Raiha reda dengan kejadian tersebut dan menganggap semua yang berlaku sebagai ketentuan tuhan dan mereka adalah mangsa keadaan. Dia tidak menyalah sesiapa termasuk Felicia sebaliknya redha menerima berita tersebut.

6. Persoalan tentang tabah menghadapi rintangan
Raiha begitu tabah menerima rintangan dalam hidup. Ketabahan Raiha bermula dengan gangguan peristiwa hitam keruntuhan rumah tangganya. Walaupun dia dijadikan bahan tontonan sewaktu kes perbicaraan tersebut mendapat liputan media dan dia gagal dalam kes tersebut, namun dia meneruskan kehidupan dengan tabah.

Dia juga tabah sewaktu ditempelak oleh Sister Felicia yang kurang berpuas hati dengan tindakannya menyebelahi emak Unong Siron. Walaupun Felicia tidak mengendahkan Raiha selepas kejadian itu dia tabah menghadapi Felicia kerana meraka bekerja sebumbung. Raiha juga tabah dan berhasrat untuk melupakan peristiwa dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang. Dia ingin memulakan hidup baru yang lebih selesa.

7. Persoalan tentang keruntuhan rumah tangga
 Akibat keruntuhan institusi rumah tangga seseorang itu akan menghadapi trauma yang berpanjangan. Raiha sentiasa dibayangi kisah siam termasuk keruntuhan rumah tangganya. Sikap Doktor Sadiz yang dianggap keterlaluan memintannya menggugurkan kandungan mereka, dan juga menggantung Raiha tidak bertali selepas menang dalam kes perbicaraan menjadikan peristiwa hitam tersebut tidak luput dalam masa singkat.

8. Persoalan tentang kasih sayang
 Raiha begitu sayang akan anaknya Rohayu walaupun didapati Rohayu cacat sebelum dilahirkan lagi. Baginya anaknya itu mempunyai hak untuk lahir dan mendapatkan kasih sayangnya. Selepas Rohayu dilahirkan, Raiha menghabiskan banyak masa melayani Rohayu berbanding bekas suaminya Doktor Sadiz yang mengharapkan agar anaknya itu dihantar ke pusat pejagaan jauh dari situ bagi mengelakkan taraf dan kewibawaannya dijadikan bahan perbincangan ramai. Raiha pula berasa kasih atas nasib yang menimpa Unong. Raiha berharap bahawa pembedahan yang terakhir itu merupakan pembedahan yang akan segera memulihkan Unong daripada terus-terusan sakit menderita.

Itulah senarai tema dan persoalan Novel Pantai Kasih. Harap dapat membantu anda menjawab soalan peperiksaan KOMSAS yang berkaitan.

4 comments: