Cara Undi Anugerah Pilihan Online APO 2016

Cara Undi Calon Dan Pemenang Anugerah Pilihan Online APO 2016 | Nak undi siapa yang patut menang Anugerah Pilihan Online APO 2016? Klik untuk lihat senarai penuh pencalonan yang korang nak undi bagi kategori pilihan top 5 terbaik APO2016: Senarai Pencalonan Anugerah Pilihan Online 2016 APO 2016

Pengundian calon Anugerah Pilihan Online APO 2016 untuk memilih top 5 dibuka dari 3 Mac 2016 sehingga 31 Mac 2016. Undi pemenang Anugerah Pilihan Online 2016 bagi setiap kategori bermula 1 April 2016 sehingga 30 April 2016. Dah boleh hantar undian anda bermula sekarang! Siapakah peserta pilihan online kesukaan korang? Jeng jeng jeng..

cara undi calon dan pemenang anugerah pilihan online apo 2016, tarikh undi vote anugerah pilihan online apo 2016
Ehem-ehem... Siapa yang korang undi untuk menang Anugerah Pilihan Online APO 2016?

Anugerah Pilihan Online 2016, atau secara ringkasnya APO2016 dianjurkan bersama oleh mStar Online dan Suria FM. Ia merupakan anugerah yang memberi peluang kepada orang ramai memilih pemenang.

APO bertujuan mengiktiraf personaliti–personaliti tanah air merangkumi bidang hiburan, sukan, fesyen dan mereka yang terlibat dalam perniagaan. Tidak dilupakan mereka yang menonjol dalam profesion masing-masing. Ia juga bertujuan untuk mengetengahkan mereka yang aktif menggunakan kelebihan alam siber dan media sosial.

Cara Undi Calon Dan Pemenang Anugerah Pilihan Online APO 2016
Yang mana yang korang rasa nak terpilih sebagai top 5 boleh la vote sekarang dengan melayari: http://apo.mstar.com.my/utama.aspx. Berikut merupakan cara membuat pencalonan APO2016 dan mengundi calon pilihan kesukaan masing-masing.

1. Log masuk menggunakan rangkaian media sosial korang (seperti Facebook, Twitter & Google) dengan menekan ikon Log Masuk pada sebelah kanan, bahagian atas laman web ini. Korang juga boleh terus ke mana-mana ruang seperti dinyatakan pada bahagian atas.
2. Korang boleh terus membuat pencalonan atau mengundi.
3. Masukkan butir–butir ringkas korang dalam ruang yang disediakan dan tekan butang Hantar.
4. Kongsikan bersama keluarga dan rakan–rakan korang.
Bagi peminat yang ingin turut serta memeriahkan malam kemuncak APO2016 korang perlu menyertai Peraduan Calon & Undi bagi memenangi tiket bertuah. Sila klik di SINI.

 Yeah! Sesenang itu untuk vote pencalonan APO. Dah tahu cara undi calon dan pemenang Anugerah Pilihan Online APO 2016, hmmm apa lagi jom vote pilihan calon kegemaran sendiri!

No comments:

Post a Comment