Program MyBeras Beri Bantuan 20kg
Beras Percuma Setiap Bulan Kepada Keluarga Miskin Tegar | Berita baik buat
rakyat Malaysia, Program MyBeras akan
dilaksanakan bermula Mei 2016. Siapa yang layak mendapat manfaat Program MyBeras?
Program MyBeras iaitu pemberian 20 kilogram beras kepada golongan miskin tegar.
Dianggarkan penerima Program MyBeras adalah seramai 100,000 keluarga. Keluarga miskin
tegar termasuk Orang Asli akan menerima 20kg beras setiap bulan.
Tujuan
Program MyBeras
Program MyBeras bertujuan mengurangkan
beban hidup keluarga miskin susulan kenaikan kos sara hidup. Kos hidup
meningkat dengan kenaikan harga tol, kenaikan tambang, kenaikan harga barang,
bayaran GST dan bermacam lagi. Program MyBeras memberi keutamaan kepada mereka
yang berdepan masalah punca pendapatan dan ekonomi keluarga terjejas akibat
kejatuhan harga komoditi seperti getah dan kelapa sawit.
Manfaat Program MyBeras beri bantuan 20kg beras percuma setiap bulan kepada keluarga miskin tegar |
Kelebihan
Program MyBeras
Program MyBeras merupakan langkah
bijak kerajaan untuk membendung ketirisan subsidi kerajaan. Sebelum ini
kerajaan pernah melaksanakan program beras subsidi namun ada pihak
menyalahgunakannya sehingga subsidi berkenaan jatuh ke tangan pihak yang tidak
berhak menerimanya. Program MyBeras akan memberi manfaat kepada golongan yang
memerlukan, pada masa yang sama tiada ketirisan berlaku. - Menteri Belia dan
Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan
Senarai
Penerima Program MyBeras
Penerima Program MyBeras dianggarkan 83,000
keluarga miskin tegar yang berdaftar dengan e-Kasih, selain tambahan penerima Program
MyBeras yang terdiri di kalangan Orang Asli dan pekebun getah yang terjejas
kesan kejatuhan harga bahan komoditi.
Baguslah ada benda macam ni, harap
bantuan beras akan sampai terus kepada penerima. Kos hidup pun makin meningkat.
Dengan adanya bantuan Program MyBeras,
agihan 20kg beras percuma setiap bulan akan meringankan beban mereka.
No comments:
Post a Comment