Bila
Boleh Mula Buat Bayaran Balik PTPTN | Buat adik-adik
yang dah habis belajar, mesti terfikir bila
masanya start bayar balik pinjaman PTPTN. Untuk membuat bayaran balik
pembiayaan PTPTN, lebih awal lebih bagus! Kos
upah PTPTN tidak akan dikenakan jika peminjam bayar lebih awal dari tempoh
yang ditetapkan PTPTN. Nak tahu? Baca selanjutnya.
Tempoh Mula Bayaran Balik Pembiayaan PTPTN |
Penerima biaya hendaklah membuat
bayaran balik pembiayaan selepas 6 bulan tamat pengajian TANPA perlu
menunggu Notis Bayaran Balik daripada PTPTN. Kos upah (Ujrah) secara bulanan
akan dikenakan bermula pada bulan ke 7.
Penerima biaya yang membuat bayaran
balik lebih awal tidak akan dikenakan kos upah dalam tempoh 6 bulan tersebut. Tempoh
bayaran balik bagi penerima biaya yang membuat pertukaran Ujrah adalah
berdasarkan baki pinjaman.
See, itulah kelebihan bila kita bayar awal hutang pinjaman PTPTN. Tiada caj
bunga, kos upah PTPTN dikenakan. Alangkah seronoknya, habis je study terus
dapat kerja! Ha, dapat la menikmati bayaran kos upah percuma PTPTN ni. Tu untuk
tempoh 6 bulan bermulanya kita habis belajar la. Lepas dari tempoh tu, kos upah
PTPTN akan dikenakan.
Penerima biaya PTPTN bertanggungjawab
untuk membayar balik jumlah pembiayaan PTPTN yang dikeluarkan kepadanya
termasuk kos-kos lain seperti kos upah, perlindungan takaful, cukai Setem Hasil
dan lain-lain bayaran seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pembiayaan
PTPTN.
PTPTN
bayaran balik diskaun, ada ke pemberian diskaun? Ye ada.
Tapi itu dulu, masa dalam bajet 2015. Bajet 2016 tak ada pemberian diskaun
untuk pembayaran PTPTN. Aku salah seorang yang menikmati pemberian diskaun masa
bayar balik PTPTN, bayar secara lump sum (sekaligus).
Menerusi penerangan ni, so adik-adik
dah tahu bila boleh mula buat bayaran
balik PTPTN. Konsepnya bayar awal lebih bagus. Jangan tak bayar langsung.
Kang tak pasal-pasal kena blacklist PTPTN. Nak tahu nama anda kena blacklist
CCRS ataupun tak, rujuk: Semakan Senarai Hitam PTPTN. Bayar sikit-sikit, bayar ansuran PTPTN takpe, janji
ada bayar. Nah, ini senarai 6 Cara Buat Bayaran Balik PTPTN pilih
kaedah bayaran balik PTPTN yang sesuai dengan anda.
No comments:
Post a Comment