Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Penguasa Kastam

Gaji, Kelayakan & Deskripsi Tugas Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 | Ingin menjadi Pembantu Penguasa Kastam? Nak tahu apa syarat kelayakan Pembantu Penguasa Kastam? Berapa gaji Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 dan juga apa tugas Pembantu Penguasa Kastam.

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pembantu Penguasatkuasa Kastam akan dibuka jika ada kekosongan jawatan. Nantikan pengumuman pengambilan kastam 2016 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 bagi permohonan kerja lepasan SPM menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
  
gaji Pembantu Penguasa Kastam Gred W17, syarat kelayakan dan tugas Pembantu Penguasa Kastam, permohonan jawatan kosong dan kerja kosong kastam, pengambilan kastam 2016, permohonan kerja lepasan spm
Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Penguasa Kastam Gred W17

Gaji Pembantu Penguasa Kastam
Gaji Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 sekitar RM929 sehingga RM3,377. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM95.

Syarat Kelayakan Pembantu Penguasa Kastam
1. Warganegara Malaysia
2. Permohonan pekerjaan lepasan SPM harus memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
3. Lulus Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
4. Mendapat kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan SPM. Info lanjut rujuk sini: Pembantu Penguasa Kastam

Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Pembantu Penguasa Kastam
Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 menjalankan tugas-tugas menjalankan peperiksaan ke atas barang-barang yang diimport / eksport, bagasi-bagasi penumpang yang keluar / masuk di pintu-pintu masuk negara, membuat imbangan daftar-daftar muatan, mengawal pergerakan barang-barang yang keluar/masuk kawasan-kawasan zon bebas, gudang pengilangan berlesen, gudang-gudang berkesan, kilang-kilang eksais, menjalankan tugas-tugas juruwang serta pungutan duti.

Pada masa yang sama, tugas Pembantu Penguasa Kastam ialah menjalankan tugas-tugas pencegahan seperti pengintipan, serbuan, rondaan serta penggeledahan kapal/kenderaan dan membantu dalam tugas-tugas pentadbiran biasa.

Moga perkongsian tentang Gaji, Kelayakan dan Tugas Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

No comments:

Post a Comment