Gaji, Kelayakan & Tugas Konstabel Orang Asli

Gaji, Kelayakan & Deskripsi Tugas Polis Konstabel Orang Asli | Ingin menjadi konstabel polis di kalangan orang asli? Nak tahu apa syarat kelayakan konstabel orang asli? Berapa gaji konstabel orang asli PDRM 2016 dan juga apa tugas konstabel orang asli.

Permohonan dan pengambilan polis jawatan kosong konstabel orang asli akan dibuka jika ada kekosongan jawatan. Pengumuman pengambilan polis konstabel lelaki orang asli akan diwar-warkan.
  
gaji konstabel orang asli, syarat kelayakan dan tugas konstabel orang asli, permohonan konstabel orang asli, pengambilan konstabel orang asli
Gaji, Kelayakan & Tugas Polis Konstabel Orang Asli PDRM

Gaji Konstabel Orang Asli
Gred gaji bagi jawatan konstabel orang asli ialah YP1. Gaji konstabel orang asli 2016 sekitar RM966 sehingga RM2,663. Manakala untuk kadar gaji tahunan konstabel orang asli pula berjumlah RM85.

Kelayakan Polis Konstabel Orang Asli (Lelaki)
1. Warganegara Malaysia yang berasal dari kaum Orang Asli
2. Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh
pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
(SPA)
3. Lulus Penilaian Menengah Rendah /Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
4. Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan
tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
5. Lulus ujian pemeriksaan fizikal. Info lanjut rujuk sini: Konstabel Polis Orang Asli (Lelaki)

Deskripsi Tugas Konstabel Polis Orang Asli
Konstabel orang asli menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard.

Antara tugas konstabel orang asli ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.

Moga perkongsian tentang Gaji, Kelayakan dan Tugas Konstabel Orang Asli membantu mereka yang ingin menjadi anggota polis PDRM. Semoga maju jaya. 


Permohonan Dan Pengambilan Polis PDRM:

No comments:

Post a Comment