Sinopsis Drama Aku Bukan BIMBO (Astro)

Sinopsis Drama Aku Bukan BIMBO (Astro) | Aku Bukan BIMBO mengisahkan dendam yang masih membara dalam diri Elsuraya. Seseorang harus dipertanggungjawabkan atas kematian kedua orang tuanya!

Drama Bimbo lakonan Shaheizy Sam:
Dalam hidup Elsuraya (Nadiya Nisaa), hanya seorang lelaki yang dinantikannya. Bukan bakal kekasih, jauh sekali bakal suami. Tetapi, seorang lelaki yang menyebabkan nyawa keluarganya diragut kejam. Dia ralat kerana tidak dapat bersama dengan keluarganya dan memegang status anak yatim piatu kerana lelaki itu. Siapakah lelaki itu sebenarnya? Azad (Zahiril Adzim)? Ye ke?

“Astalavista loozzer! With double o and double z.”

Adakah kerana kata-kata yang dilontarkan bertahun dulu membuat jiwanya sentiasa parah dan terluka? Ingin sungguh dia bertemu dengan empunya suara jelik itu agar dendamnya terlunas. Perkenalan Elsuraya dengan Dani Ikram (Shaheizy Sam) membuahkan bibit cinta. SMS menjadi titik awal hubungan yang indah itu.

Dah gugel douchebag. Kejamnya. Do I deserve that? – Dani Ikram.
Do I deserve bimbo?- Elsuraya.

Tanpa disangka… Azad yang dibenci ialah sahabat baik Dani Ikram. Dan Azad pula… tidak sanggup memberitahu Elsuraya perkara sebenar kerana sayangkan persahabatannya dengan Dani Ikram. Dia rela dituduh ‘pembunuh’ walaupun hakikatnya insan lain yang menyebabkan tragedi hitam itu berlaku. Sementelah, hatinya sudah jatuh sayang pada Elsuraya. Dia tidak sanggup melihat sahabat baiknya dan wanita yang mula mengetuk pintu hatinya menderita.

Keadaan semakin rumit bila keluarga cuba menjodohkan Elsuraya dengan Azad. Apatah lagi mereka sangat rapat dengan arwah ibu dan bapa Elsuraya. Serasa mereka bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi Elsuraya.

“Su tak nak! Su benci Azad. Apa auntie merepek ni? Su takkan bertunang dengan dia.” – Elsuraya.

“Su, cuba tengok lagi jauh. Umur Su makin meningkat. Su perlukan orang untuk jaga Su. Keluarga Azad cukup baik dan mampu jaga Su macam anak sendiri dan Azad sendiri tak kurang apa pun. Lainlah kalau Su ada calon lain. Auntie tak akan paksa.” – Puan Rosanna.

Namun, Dani Ikram lebih pantas mendahului. Elsuraya cepat-cepat diikat agar tidak terlepas ke tangan Azad. Azad pula tarik diri demi kebahagiaan Dani Ikram dan Elsuraya.
Saat hubungan sedang memekar, sebuah kebenaran terbongkar!

Ayat ‘astalavista loozzer…with double o and double z’ yang diungkapkan oleh Dani Ikram ketika mereka outstation di Seoul, Korea membuka mata hati Elsuraya. Ayat itu! Ayat yang membuatkan kedua-dua orang tuanya maut dalam kemalangan jalan raya.

“All along. It is you. All along. It is a lie.” – Elsuraya.
“Listen.” – Dani Ikram.
“Truth… that night, it was you! You were the one.” – Elsuraya.

Hati Elsuraya mula berbelah bahagi. Cintanya pada Dani Ikram dan dendamnya pada Dani Ikram. Dapatkah dia memaafkan lelaki itu sedangkan dendamnya masih membara? Dapatkah dia reda dengan ketentuan Ilahi sekiranya lelaki itulah jodoh untuknya yang telah tertulis di lohmahfuz? Saksikan segalanya dalam drama Aku Bukan BIMBO di kaca tv anda.

Pelakon Drama Aku Bukan BIMBO (Astro)
Shaheizy Sam – Dani Ikram
Nadiya Nisaa – Elsuraya
Zahiril Adzim – Azad
Dottie – Intan
Falisha – Jemima
Watie Elite – Aunty Rose
Ardeli – Jenna
Bell Ngasri – Azrul
Zaidi Omar – Dr Ishak
Dian P Ramlee – Dr Faihana
Zarina Zainuddin – Puan Asmat
Roy Azman – Datuk Khalid
Ridzman Khuzaimi – Jehan
Zulkifli Ismail – Tan Sri Farhan
Azhar Amir – Ridhuan
Adriana Aidil – Julia
Afifa Nasir – Diana
Ibrahim Abd Rashid – Rizki
Khaidir Muhd – Afiq
Khairul Azmi Zainuddin – Doktor 1
Mahsuri Jelusi – Murad
Mior Fareez – Daim

Gambar Drama Aku Bukan BIMBO (Astro)
Pelakon drama Aku Bukan BIMBO (Astro), pelakon utama, pelakon pembantu, pelakon tambahan drama Aku Bukan BIMBO (Astro)
 Drama Aku Bukan BIMBO (Astro) adaptasi dari novel karya Rin Ahmad

Tonton drama Aku Bukan BIMBO (Astro)
Hari: Isnin - Khamis
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123

No comments:

Post a Comment