Telefilem Jihan Nak Cari Calon Suami (Astro)

Sinopsis Jihan Nak Cari Calon Suami (Astro) Jihan Nak Cari Calon Suami mengisahkan Jihan (Jihan Muse) seorang gadis single belum lagi menemui teman hidup. Dek kerana tertekan dengan status singlenya dan cemburu melihat rakan-rakannya yang lain sudah mendirikan rumah tangga, Jihan menjadi tertekan.

Jihan berjumpa dengan pakar kaunseling dan memberitahu masalah dihadapinya. Pakar kaunseling menyarankan Jihan agar berkahwin. Bingung dengan permintaan kaunselornya, Jihan membuat keputusan menemuduga calon suami satu per satu.

Pelbagai insiden berlaku, masing-masingnya dengan sikapnya tersendiri. Calon yang ditemuduganya langsung tidak menepati kriteria yang dicarinya. Namun seorang calon terakhir muncul. Itulah pilihan hati Jihan.

Basir (Mustaqim Mohamed) lelaki sejati yang benar-benar memahami Jihan. Jihan jatuh cinta pada sikap matang Basir. Namun, ada udang di sebalik batu! Rupanya kesungguhan Basir memikat hatinya semata-mata memenuhi permintaan rakan sekerjanya iaitu Roslan Haris (Ungku Hariz).

Roslan dan Jihan tidak pernah sehaluan! Asyik bercakaran bila berjumpa. Mereka merupakan pesaing, yang mana syarikat mereka berlumba-lumba untuk merebut tender syarikat. Dek kerana itu Jihan dan Roslan bermusuhan. Sakit hati dengan perangai Jihan yang asyik mengatanya, Roslan mengupah Basir untuk berpura-pura mencintai Jihan pada masa yang sama mencuri tender syarikat Jihan.

Rahsia Basir terbongkar bila mana bos Jihan mengesahkan Basir merupakan pesaing mereka. Tahulah Jihan, rupa-rupanya semua itu rancangan kotor Roslan. Pada mulanya Jihan patah hati dan kecewa. Dek dendamnya pada Roslan, dia bangkit semula dan mengenakan Roslan!

Masing-masing mengenakan satu sama lain. Tidak mahu mengalah! Suatu hari, Jihan dan Roslan bertembung di dalam lif yang sama. Awalnya mereka bertengkar. Tidak puas hati dengan musuh dihadapannya. Tiba-tiba lif berhenti! Lif rosak! Bermulanya kekecohan di antara Roslan dan Jihan. Akibat terlalu lama terperangkap di dalam lif, daripada musuh mereka bertukar menjadi rakan baik, rakan bersembang.

Sejak insiden di dalam lif itu, hubungan mereka bertambah erat. Dari sahabat bertukar menjadi pasangan kekasih. 6 bulan telah berlalu, Roslan melamar Jihan untuk menjadi isterinya. Jihan yang begitu terkejut merasa begitu gembira sambil menjerit-jerit di dalam restoran.

Akhirnya, pasangan yang sering bergaduh itu menemui jodohnya. Jodoh dekat je. Jodoh depan mata. Siapa sangka insan yang selalu kita bertekak itulah insan yang menjadi calon peneman hidup kita. Jihan sudah menemui calon suami yang ideal. Dia dan Roslan bakal mendirikan rumahtangga. Tamat! Saksikan keseluruhan drama Jihan Nak Cari Calon Suami ni di kaca tv anda.

Pelakon Telefilem Jihan Nak Cari Calon Suami
Jihan Muse – Jihan
 Ungku Hariz – Roslan Haris
Mustaqim Mohamed – Basir
Emilia Amanuddin
Firdaus
Syafiq Ahamd
Azizul Ikram
  
Sinopsis telefilem Jihan Nak Cari Calon Suami siaran Astro, pelakon dan gambar telefilem Jihan Nak Cari Calon Suami, drama lakonan Jihan Muse dan Ungku Hariz
Gambar Telefilem Jihan Nak Cari Calon Suami (Astro)

Kalau nak tahu watak yang digalas oleh Ungku Hariz sebagai Roslan Haris merupakan tunang Jihan yang kini bergelar suami Jihan. Tahniah atas pernikahan u olls berdua. Jom lihat: 6 GAMBAR NIKAH JIHAN MUSE & UNGKU HARIZ. Cantik! Cantik!! Cantik!!! Memang cantik! Moga bahagia hingga jannah.

Saksikan telefilem Jihan Nak Cari Calon Suami
Saluran: Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123

No comments:

Post a Comment