Senarai 6 Nilai
Murni Novel Pantai Kasih | Apakah
nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel Pantai Kasih ini? Jom baca kupasan
di bawah. Pantai Kasih merupakan novel tingkatan 4. Sinopsis
keseluruhan novel Pantai Kasih baca: SINOPSIS
NOVEL PANTAI KASIH BAB 1 - 9. Ketahui Tema
& Persoalan Novel Pantai Kasih.
6 Nilai Novel
Pantai Kasih
1. Nilai
Kerajinan
Nilai kerajinan diperlihatkan melalui
sikap Sister Felicia yang asalnya belajar di kawasan pedalaman di Inanam tetapi
atas sikap kerajinannya itu dia berjaya belajar hingga menjadi seorang
jururawat di Hospital Kinabalu.
Nilai kerajinan juga diperlihatkan
melalui watak Raiha yang rajin belajar daripada mentornya iaitu Doktor Uwang
sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi dan sanggup melakukan apa-apa sahaja
yang diminta oleh mentornya itu termasuk membuat demonstrasi.
2. Nilai
Ketekunan
Nilai ketekunan ditonjol dalami watak
Raiha yang tekun belajar sehingga menjadi seorang pakar bedah sama seperti
ayahnya. Walaupun cita-citanya itu tidak direstui oleh ayahnya yang merupakan
seorang pakar bedah, namun atas ketekunannya mengharungi pelbagai cabaran telah
menjadikan dia seorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat Rawatan
Pantai Kasih.
3. Nilai
Keberanian
Raiha berani mempertahankan bahawa
kesalahan atas kematian anak perempuannya adalah disebabkan oleh Roktor Sadiz.
Sikapnya itu tidak disenangi oleh Doktor Sadiz sehinggakan kes mereka itu berlarutan
dan menjejaskan nama baiknya sendiri. Sikapnya itu juga tidak disenangi oleh
keluarganya sendiri kerana mempertahankan benang yang basah. Apatah lagi Sister
Felicia tidak muncul untuk menjadi saksi di mahkamah sehingga Raiha kalah dalam
kes tersebut.
Nilai-nilai murni novel Pantai Kasih |
4. Nilai
Bertanggungjawab
Raiha bertanggungjawab untuk
menjadikan pembedahan ke atas Unong Siron sebagai pembedahan yang keenam dan
yang terakhir. Hal ini demikian kerana Raiha berpendapat tidak sewajarnya gadis
remaja itu menghabiskan masa menghadapi hidup dengan waktu sukar yang sangat
panjang. Tidak sepatutnya gadis tersebut menjalani pembedahan yang sama di
tempat sama dan atas sakit yang sama sehingga lima kali.
5. Nilai
Keprihatinan
Raiha prihatin terhadap nasib yang
menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan sebanyak enam kali tidak sepatutnya
berlaku apatah lagi doktor yang melakukan pembedahan tersebut adalah doktor
pakar yang bukan calang-calang. Rasa prihatin itu terbit dan mengharapkan
agar pembedahan keenam pada senja tadi merupakan pembedahan yang terakhir dan
berakhirlah penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh Unong selama ini.
6. Nilai
Ketabahan
Raiha tabah menghadapi tentangan
ayahnya terhadap cita-citanya hendak menjadi pakar bedah. Walaupun ayahnya
tidak merestui cita-citanya, Raiha tekun belajar untuk menjadi seorang pakar
bedah sehingga berjaya. Raiha bertugas sebagai doktor pakar bedah di Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Kredit: Novel
Pantai Kasih
Itulah 6 nilai yang terkandung
dalam novel Pantai Kasih. Nilai ni
dijadikan sebagai panduan kita menghadapi kehidupan. Mencontohi nilai kebaikan.
Nilai yang boleh kita pelajari dalam novel ini.
bagi copy..
ReplyDelete