SPA8i Kategori Pemohon SPA Orang Kurang Upaya (OKU)

SPA8i Kategori Pemohon SPA Orang Kurang Upaya (OKU) | Ada di antara pemohon SPA terdiri di kalangan OKU. Untuk pemohon orang kurang upaya, anda boleh mengisi jenis kurang upaya yang di alami di ruangan disediakan dalam borang permohonan pendaftaran pekerjaan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA8i.

Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Cara Isi Borang SPA8i Kategori Kurang Upaya Pemohon SPA
1. Daftar masuk ke laman portal SPA dan isi borang SPA8i.
2. Bahagian MAKLUMAT TAMBAHAN ruangan PENERIMA BANTUAN/ KURANG UPAYA, sila isi jenis kurang upaya dan nombor pendaftaran.
3. Lepas isi, klik SIMPAN. Kemudian isi butiran yang lain selengkapnya. 
 
spa8i kategori pemohon perkhidmatan awam spa orang kurang upaya (oku), cara isi borang spa8i kategori kurang upaya, pendaftaran online oku, 7 kategori orang kurang upaya (oku), permohonan pendaftaran pekerjaan dalam suruhanjaya perkhidmatan awam spa8i
SPA8i Pemohon Perkhidmatan Awam SPA Kategori Orang Kurang Upaya (OKU)

Bagi pendaftaran online OKU, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengklasifikasikan ada 7 jenis ketidakupayaan. Jom baca selanjutnya

7 Kategori Orang Kurang Upaya (OKU)
1. OKU PENDENGARAN - Kurang Upaya Pendengaran
Individu yang tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran.

4 tahap OKU pendengaran:
Minima (Mild) - (20 - < 30 dB) (untuk orang dewasa)
Sederhana (Moderate) - (30 - < 60 dB)
Teruk (Severe) - (60 - < 90 dB)
Sangat Teruk (Profound) - (> 90 dB)

2. OKU PENGLIHATAN - Kurang Upaya Penglihatan
Individu yang tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh.

Tahap OKU penglihatan:
Buta (Blind) - Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 10 darjah daripada fixation;

Penglihatan Terhad (Low Vision/Partially Sighted) - Penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 20 darjah daripada fixation.

3. OKU FIZIKAL - Kurang Upaya Fizikal        
Seseorang yang mengalami ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian anggota badan termasuklah keadaan anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan ini akan menjejaskan keupayaannya.

Jenis OKU fizikal:
Kerdil, kudung tangan atau kaki atau keduanya, kudung ibu jari tangan, lumpuh, spina bifida, muscular dystrophy dan cerebral palsy. Bagi kekurangan (impairment) yang tidak menjejaskan fungsi seperti kudung satu jari, mempunyai 6 jari atau lebih dan tidak ada atau kurang sempurna cuping telinga tidak dikategorikan sebagai kurang upaya fizikal.

4. Masalah Pembelajaran    
Seseorang yang menghadapi masalah kecerdasan otal yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lembam, down syndrome, kurang upaya intelektual, autisme, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), masalah pembelajaran spesifik (dyslexia, dyscalculia, dygraphia) dan lewat perkembangan global (global development delay).

spa8i kategori pemohon perkhidmatan awam spa orang kurang upaya (oku), cara isi borang spa8i kategori kurang upaya, pendaftaran online oku, 7 kategori orang kurang upaya (oku), permohonan pendaftaran pekerjaan dalam suruhanjaya perkhidmatan awam spa8i
SPA8i kategori pemohon OKU

5. OKU PERTUTURAN - Kurang Upaya Pertuturan
Individu yang mengalami masalah pertuturan tetapi boleh mendengar.

6. OKU MENTAL - Kurang Upaya Mental    
Seseorang yang menghadapi penyakit mental yang teruk yang telah menjalani rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat walaupun setelah menjalani rawatan psikiatri.

Contoh penyakit mental:
Skizofrenia, Mood Disorder dan Organic Mental Disorder yang serius dan kronik.

7. OKU PELBAGAI - Kurang Upaya Pelbagai           
Individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan di bawah mana-mana lima (5) kategori lain yang sedia ada. Contohnya, seorang individu yang mengalami 2 jenis ketidakupayaan dari segi penglihatan dan pendengaran akan didaftarkan dalam kategori OKU pelbagai.

Moga perkongsian SPA8i kategori pemohon SPA orang kurang upaya (OKU) membantu mereka dalam menentukan jenis ketidakupayaan yang dialami semasa mengisi borang permohonan pendaftaran pekerjaan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA8i. 

7 comments:

  1. Assalam.. sy nk tnya. sy oku fizikal. dan slalu dpat panggilan intvew spa, tetapi semuanya tidak berjaya.. soalan saya. katakan sy berjaya temuduga, adakah oku kebarangkalian penempatan kerja sama mcm yg lain. atau sebaliknya.. seperti dihantar kerja mana2 negeri yg ditetapkan. terima kasih ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin mengikut tahap serius oku tersebut kot..

      Delete
  2. Saya OKU fizikal yang mild sbb masih boleh berdiri dan berjalan jarak dekat tanpa tongkat (jalan banyak kena bertongkat, ada masa kena berkerusi roda) pun tak dipanggil temuduga sebab apa ye?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. assalam,saya oku fizikal akibat kemalangan dan operation kepala tetapi saya masih boleh bekerja dan da hadiri temuduga spa tapi tidak berjaya..kenapa ye.sekarang tengah menunggu lagi satu keputusan harap lulus.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum , saya OKU pendengaran dan saya boleh cakap , saya sudah hantar di spa , tetapi tak panggilan temuduga spa tapi tidak berjaya .. kenapa ya sekarang tengah menunggu lagi satu keputusan harap lulus .. saya mahu kerja kerajaan sebagai kerani . Saya sudah lama menunggu kerajaan .. sampai sekarang sudah 4tahun yang selalu.. please bantuan kami ..

    ReplyDelete
  6. Salam sejahtera
    Anak saya baru 16 tahun OKU masalah pendengaran sebelah telinga namun untuk persediaan awal untuk ke alam pekerjaan boleh saya tahu apakah pekerjaan yang dilayak atau boleh dia mohon selepas SPM

    ReplyDelete