Senarai 6 Pengajaran
Novel Pantai Kasih | Pantai
Kasih merupakan novel tingkatan 4. Sinopsis keseluruhan novel Pantai Kasih
baca: SINOPSIS
NOVEL PANTAI KASIH BAB 1 - 9. Ketahui Tema
& Persoalan Novel Pantai Kasih. Juga 6 Nilai
Novel Pantai Kasih. Apakah pengajaran dan iktibar yang boleh kita ambil
menerusi kisah ketabahan dalam novel Pantai Kasih ini? Apakah contoh teladan
yang harus diikuti? Jom baca pengajaran dalam novel ini.
Senarai 6 Pengajaran Novel Pantai Kasih |
1. Tetapkan
matlamat hidup untuk berjaya
Matlamat hidup serta usaha yang
bersungguh-sungguh dalam merealisasikan impian pasti akhirnya membuahkan
kejayaan. Contoh yang kita boleh lihat pada diri Raiha, walaupun cita-citanya untuk
menjadi pakar bedah tidak direstui ayahnya tetapi dengan matlamat hidup yang
jelas, cita-cita Raiha akhirnya berjaya dikecapi.
2. Kita hendaklah
menghormati hak orang lain
Hormati hak orang lain. Unong Siron
berhak untuk mendapat kesihatan baiknya semula, tetapi Pusat Rawatan Pantai
Kasih telah menyebabkan wang insurans akibat kemalangan jalan raya anaknya itu
dihabiskan untuk membayar kos enam kali pembedahan. Pusat Rawatan Pantai Kasih
tidak menghormati hak pesakitnya.
3. Kita hendaklah
bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan
Apabila seseorang melakukan sesuatu
perkara, dia seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa tindakan
yang diambil. Doktor Sadiz tidak bertanggungjawab menyalahkan Raiha atas
kematian anak perempuannya. Dia merahsiakan perkara sebenar yang berlaku dan
menghukum Raiha atas peristiwa hitam itu.
4. Kita hendaklah
prihatin terhadap orang lain
Kesukaran yang dihadapi oleh golongan
pertengahan terutama melunaskan bayaran pembiayaan perubatan haruslah diberikan
perhatian. Bukan semua orang mampu untuk membayar sejumlah wang apatah lagi
telah dijanjikan untuk menerima rawatan yang terbaik. Ibu Unong Siron berusaha
dan tidak lokek untuk membelanjaan wang insurans anaknya demi melihat anaknya
kembali sihat.
5. Kita hendaklah
tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah
Ketekunan seseorang akan membuahkan
hasil pada masa hadapan. Raiha tekun belajar untuk mencapai cita-citanya
sebagai pakar bedah seperti ayahnya juga. Walaupun ditentang oleh ayahnya,
Raiha mempunyai matlamat hidup dan belajar dengan tekun hingga cita-citanya
sebagai pakar bedah tercapai juga.
6. Kita hendaklah
tabah menghadapi kesukaran hidup
Begitu banyak pancaroba yang dilalui Raiha.
Cita-citanya untuk jadi doktor bedah ditentang ayahnya, menghadapi kematian
anaknya, suaminya yang tidak bertanggungjawab sering menghukum dirinya. Namun,
dengan hati yang cekal dan tabah Raiha berusaha meneruskan hidupnya yang sukar
itu. Kredit: Novel
Pantai Kasih
Itulah 6 pengajaran novel Pantai
Kasih yang boleh kita terapkan
dalam kehidupan seharian kita. Iktibar untuk meneruskan hidup, yang baik kita
buat, yang buruk kita jangan buat.
No comments:
Post a Comment