Gaji, Kelayakan & Tugas Sarjan Polis

Gaji, Kelayakan & Deskripsi Tugas Sarjan Polis | Ingin menjadi sarjan polis? Nak tahu apa syarat kelayakan sarjan polis? Berapa gaji sarjan PDRM 2016, gaji koperal polis dan juga apa tugas sarjan polis. Ada yang nak tahu gaji sarjan polis termasuk elaun. Baca selanjutnya.

Pengambilan dan permohonan sarjan polis 2016 telahpun dihebahkan sebelum ni. Jika anda berminat jadi sarjan polis segera isi permohonan. Pengambilan sarjan polis sentiasa ada setiap tahun. Jika anda memenuhi syarat, anda berpeluang untuk merealisasikan cita-cita anda.
 
gaji sarjan polis 2016, syarat kelayakan dan tugas sarjan polis, gaji sarjan polis termasuk elaun, permohonan sarjan polis, gaji sarjan pdrm, sarjan pdrm 2016, gaji koperal polis
Gaji, Kelayakan & Tugas Sarjan Polis PDRM

Gaji Sarjan Polis
Gred gaji bagi jawatan sarjan polis ialah YA5. Gaji sarjan polis 2016 sekitar RM1,711 sehingga RM5,199. Manakala untuk kadar gaji tahunan sarjan pula berjumlah RM150.

Kelayakan Sarjan Polis (Lelaki dan Wanita)
1. Warganegara Malaysia
2. Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh
pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
(SPA)
3. Diploma dalam bidang pentadbiran awam, perakaunan, pengajian perniagaan,
undang-undang kejuruteraan, pengajian islam atau dalam bidang-bidang yang
diperlukan yang diiktiraf olej kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4. Kepujian dalam BM peringkat SPM
5. Lulus ujian pemeriksaan fizikal. Info lanjut rujuk sini: Sarjan PDRM

Deskripsi Tugas Sarjan Polis
Sarjan polis menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard.

Antara tugas sarjan polis ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.

Moga perkongsian tentang Gaji, Kelayakan dan Tugas Sarjan Polis membantu mereka yang ingin menjadi anggota polis PDRM. Semoga maju jaya. 


Permohonan Dan Pengambilan Polis PDRM:

6 comments:

  1. Diploma je ye, kalau stpm tak lepas?

    ReplyDelete
  2. Diploma je ye, kalau stpm tak lepas?

    ReplyDelete
  3. Diploma je ye, kalau stpm tak lepas?

    ReplyDelete
  4. Bukan RM1,711 dah.. 1st intake jer..skrng ni semua mula dgn gaji RM1,817..elaun pdrm 200,elaun tugas 24jam 160.. Elaun menyiasat 300..elaun sara hidup..elaun rumah, kiranya 1st month korang masuk tugas.. Gaji korang boleh cecah 3000

    ReplyDelete