Ads GA Leaderhead

Clever Girl Malaysia 2016 Episod 1

Clever Girl Malaysia 2016 Pusingan 1 telah pun bersiaran secara langsung di TV3 pada 13 Mac 2016. Program realiti Clever Girl Malaysia membuktikan mereka yang cantik menawan, mempunyai tahap intelek yang setaraf dengan kecantikan wajah mereka. Clever Girl Malaysia sebuah game show yang tidak menggunakan sistem undian. Peserta Clever Girl Malaysia akan dinilai berdasarkan prestasi dan kebolehan mereka untuk menjawab soalan kuiz dengan kepantasan berfikir.

Tugasan Peserta Clever Girl Malaysia 2016 Episod 1
Untuk tugasan peserta Clever Girl Malaysia 2016 pusingan pertama, peserta menjawab soalan yang dikemukakan oleh hos secara spontan. Konsepnya siapa cepat, dia dapat! Jika peserta menjawab soalan dengan betul, markah akan ditambah. Jika salah, markah akan ditolak. Peserta diberi pilihan jawapan A, B, C dan D.

Pemenang Clever Girl Malaysia 2016 Pusingan Pertama
Di hujung rancangan, jumlah markah peserta Clever Girl Malaysia akan ditotal semua. 2 peserta paling tinggi markahnya akan bersaing lagi untuk mencari pemenang Clever Girl Malaysia pusingan pertama iaitu di episod 1. Sarah Adiba dan Adilah merupakan peserta yang mempunyai markah tertinggi. Selepas melalui proses soal jawab, Sarah Adiba dinobatkan pemenang Clever Girl Malaysia pusingan pertama.

Peserta Tersingkir Clever Girl Malaysia 2016 Episod 1
Kalau diikutkan Sofia mendapat markah paling terendah meletakkan dia berada di pusingan penyingkiran Clever Girl Malaysia episod 1, namun hos mengumumkan pusingan pertama tiada penyingkiran.

Kisah gadis pintar Malaysia:


clever girl malaysia 2016 episod 1 minggu 1 pusingan 1, gambar clever girl malaysia 2016 tv3, tugasan clever girl malaysia 2016 pusingan pertama, pemenang dan peserta tersingkir clever girl malaysia 2016 episod 1
Gambar Clever Girl Malaysia TV3

Pengacara Clever Girl Malaysia 2016
Alif Satar

Saksikan Clever Girl Malaysia 2016
Hari: Ahad
Jam: 9.00 malam
Siaran ulangan Clever Girl Malaysia: Jumaat 10.30 pagi
Saluran: TV3

No comments:

Post a Comment