Sinopsis Drama Married Tapi Benci TV3

Sinopsis Drama Married Tapi Benci TV3 | Married Tapi Benci mengisahkan sebuah perkahwinan namun diselubungi dengan rasa benci dan pemberontakan jiwa. Rina, dibesarkan oleh ayahnya setelah ibunya meninggal dunia. Namun kehadiran ibu baru berstatus ibu muda menggugat ketenangan Rina.

Rina membenci ibu barunya itu! Dia tidak dapat menerima kenyataan akan pengganti tempat arwah ibunya. Lebih teruk lagi, kebencian dirinya pada isteri baru ayahnya itu menyebabkan dia sering bertikam lidah. Sikap kasar dan panas baran Rina semakin melampau. Hingga suatu hari, ayahnya menampar dirinya.

Tersinggung dengan perbuatan ayahnya yang sering melebihkan isteri barunya itu, Rina membuat keputusan untuk keluar dari rumah. Danial membantu Rina mencari tempat untuk bermalam iaitu di hotel.

Danial merupakan rakan sekolej Rina. Melihat keakraban Rina dan Danial, Kamal cemburu kerana Rina merupakn gadis idamannya. Walaupun sering memikat hati Rina, namun Rina tidak pernah menunjukkan tindak balas.

Danial dan Kamal mempunyai hobi yang sama iaitu suka ekspedisi berbasikal. Hari pertandingan ‘down hill mountain bike’ antara kolej sudah tiba. Suasana amat meriah dengan himpunan mountain bikers. Perlumbaan kategori Kamal dan Danial akan berlangsung. Siapakah yang bakal jadi pemenang di antara mereka?

Dalam diam, ibu bapa Kamal telah mengatur majlis pernikahan untuk anaknya. Siapakah bakal calon isteri Kamal? Gadis yang berhati batu kini menjadi miliknya. Siapa? Rina buah hati Kamal di zaman kolejnya.

Bermulalah episod Kamal dan Rina sebagai suami isteri. Memanglah pada awalnya amat indah, tapi semakin hari semakin menekan. Lebih-lebih lagi mereka masih muda dan terpaksa mengharungi dugaan sebuah perkahwinan.

Setelah hampir sebulan Kamal dan Rina menjadi suami isteri, nampaknya mereka masih dengan sikap pentingkan diri sendiri. Masing-masing ingin ruang bersama hobi dan rakan-rakan mereka. Mampukah rumah tangga Kamal dan Rina bertahan? Saksikan segalanya dalam drama Married Tapi Benci di kaca tv anda.

Pelakon Drama Married Tapi Benci TV3
Syafiq Kyle – Kamal
Azira Shafinaz – Rina
Nor Albaniah – Puan Sofia
Badrul Muhayat – Daing Rahman
Cat Farish – Daddy Joe
Zalif Sidek – Ady
Mastaqim – Danial
Nurul Shahira – Salina
Ishak Aifa – Haris
Isyariana - Shiera

Sinopsis drama Married Tapi Benci TV3, pelakon dan gambar drama Married Tapi Benci TV3
Gambar Drama Married Tapi Benci TV3

Saksikan drama Married Tapi Benci
Hari: Rabu - Jumaat
Jam: 9.00 – 10.00 malam
Saluran TV3

No comments:

Post a Comment