Ads GA Leaderhead

Kebaikan & Keburukan Anak Tidur Buaian Baby

Kebaikan Dan Keburukan Anak Tidur Dalam Buaian Baby | Benarkah buai bahaya untuk anak? Sehingga ada yang elak tidurkan baby dalam buai. Sebab risau akan kesan penggunaan buaian pada bayi. Tak dinafikan bayi tidur di dalam buaian lebih lena. Anak tidur lebih nyenyak, mudah tidurkan anak. Itulah kelebihan menggunakan buaian baby.

Setiap rumah yang mempunyai anak kecil, kebanyakannya pasti ada buaian baby. Jadi tak hairanlah bila ibu bapa sering survey harga buaian bayi, nak cari buaian bayi murah, nak beli buaian elektrik murah juga penggunaan buaian rotan. Rumah i guna buaian baby yang biasa tu je. Sangat membantu dalam menidurkan anak dengan pantas.

Pada masa yang sama, mengkaji jugak apa kelebihan dan kekurangan tidurkan bayi dalam buai ni. Sebab ada yang kata tak bagus tidurkan anak dalam buai. Ye ke? Tu yang siasat tu. Nak tahu lebih mendalam isu penggunaan buaian baby ni. Mengetahui baik buruk menidurkan bayi dalam buaian.

kebaikan dan keburukan anak tidur buaian baby, kelebihan dan kekurangan tidurkan bayi dalam buai, baik buruk menidurkan bayi dalam buaian, elak tidurkan baby dalam buai,  kesan penggunaan buaian pada bayi, tidur didalam buaian lebih lena, harga buaian bayi, buaian bayi murah, buaian elektrik murah, buaian rotan
Kebaikan dan keburukan anak tidur buaian baby

Apa Kebaikan Dan Kelebihan Anak Tidur Dalam Buaian Baby
Kelebihan bila menggunakan buaian baby, ia cara paling mudah untuk tidurkan anak. Semakin meningkat usia, agak sukar dan susah menidurkan anak. Bila anak berada dalam buaian sambil kita mengayunkan buai, barulah anak boleh tidur.

Bila anak dah tidur baru kita dapat tarik nafas lega. Dapatlah kita berganjak dari situ. Buat kerja lain sepantas kilat macam lipas kudung sebelum anak terjaga dari buai. Tips menidurkan anak dengan mudah, senang, semudah kacang: CARA MUDAH TIDURKAN ANAK MUDAH MACAM KACANG!

Apa Keburukan Dan Kekurangan Anak Tidur Dalam Buaian Baby
Selama kita menggunakan buaian baby untuk tidurkan anak, kita sering dilanda persoalan. Adakah otak anak akan bergegar semasa kita mengayunkannya? Adakah akan berlaku gegaran pada otak bayi jika buai dihayun dengan kuat?

Bahaya henjut buai terlalu kuat. Buaian boleh menjadi satu punca kepada kecederaan kepala bayi dan boleh mengakibatkan kerosakan pada otak bayi. Penggunaan buai untuk menidurkan bayi boleh mengakibatkan pendarahan otak atau subdural haemorrhage. Errr seram pulak aku baca.

Kebanyakan kes pendarahan otak subdural boleh dikaitkan dengan penggunaan buaian baby. Bagaimana buai boleh mendatangkan bahaya kepada bayi? Otak bayi sebenarnya terapung dalam tengkorak dan jika bayi digerakkan dengan kuat, otak akan bergerak pada hala yang bertentangan dengan tengkorak. Akibatnya, saluran darah yang bersambung pada permukaan otak ke tengkorak pecah menghasilkan pendarahan otak subdural. - Pakar Perunding Kanak-Kanak, Hospital Pakar Shah Alam, Dr. Mohd. Nazir Abu Bakar.

Henjutan buai dengan cara perlahan-lahan tidak mendatangkan bahaya kepada bayi. Namun, henjutan buai yang kuat, pergerakan melantun buai dengan springnya menghasilkan pergerakan atas bawah seolah-olah seperti menggoncang bayi. Situasi inilah merujuk penggunaan buai merbahaya kepada bayi.

Hayunan buai juga boleh mengakibatkan kepala bayi terhantuk dinding. Ada juga kes di mana rangka besi buai jatuh menghempap bayi dan juga spring atau tali putus. Bahaya lain akibat penggunaan buaian baby seperti tercekik atau strangulation. Bila bayi sudah mula memusing badan ia mungkin terjaga dari tidur, memusingkan mukanya ke bawah dan leher boleh tersepit dalam lipatan kain buai.


Cara mudah hilangkan stress + buat diri senyum sengsorang: BAYI BUAT LAWAK, PERASAN DIRI COMEL SANGAT!

Jadi, penggunaan buaian baby itu selamat digunakan untuk tidurkan anak jika cara kita menghayun buaian bayi itu betul. Namun buai boleh menjadi bahaya kepada bayi bila diayun dengan kuat. Moga perkongsian kebaikan dan keburukan anak tidur dalam buaian baby memberi maklumat bermanfaat buat kita sebagai ibu bapa mahupun penjaga. Dikatakan baby cot adalah cara paling selamat untuk menidurkan bayi. Boleh cuba ni.

No comments:

Post a Comment